Showing posts with label RAHSIA. Show all posts
Showing posts with label RAHSIA. Show all posts

Thursday, 29 September 2011

RAHSIA MEMPEROLEHI RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL INFOMASI 4 MUKA SURAT




Anda ingin mengetahui RAHSIA MEMBUAT DUIT HANAY DARI RUMAH? Ya sudah tentu memang ada caranya yang SAH dan munasabah serta mudah. Tidak ramai orang mengetahui RAHSIA MENAKJUBKAN ini. Tetapi ianya tidak pelik dan luarbiasa setelah anda mengetahuinya.



Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan cara yang lebih mudah dan cepat, hanya dengan menjual maklumat atau pun infomasi yang mana ramai orang akan mahu membayar wang kepada anda untuk mendapatkan maklumat tersebut. Orang ramai akan berebut-rebut mendapatkan infomasi yang akan membantu mengubah kehidupan mereka.



Malah kaedah ini bukan sahaja hanya boleh dipraktikan sewaktu ekonomi sesebuah Negara itu baik tetapi ianya juga boleh dijalankan sewaktu keadaan ekonomi merundum seperti yang berlaku sekarang ini. Malah masa sekarang inilah merupakan yang paling baik sekali untuk memulakannya.



Kebanyakkan orang hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan didalam hidup mereka iaitu dengan bekerja makan gaji. Mereka hanya mengukur kelayakan mereka melalui kelulusan akademik yang dimiliki. Pada masa ini sebenarnya sudah banyak sekali peluang untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dari rumah mereka tidak kira sama ada mereka tinggal dibandar atau pun didesa.



Sekalipun anda hanya menjalankan perniagaan anda dari rumah anda, potensi untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan adalah cerah. Dengan penciptaan alat-alat komuniasi yang ada sekarang seperti telefon, telefon bimbit, alat kelui, mesin faks, mesin menjawab telefon otomatik, computer, email, internet, mesin fotokopi dan lain-lain telah memudahkan lagi sesuatu tugasan dan pekerjaan.



Banyak pekerjaan dan urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah anda dan keluarga anda serta boleh dilakukan secara sambilan selepas waktu kerja atau dihujung minggu. Dan jika dilaksanakan dengan betul dan teratur anda boleh memperolehi pendapatan harian, mingguan, bulanan yang amat lumayan.



Pendapatan anda boleh melebih gaji anda. Kami akan menunjukkan caranya dan ia boleh dipelajari dengan mudah. Ianya adalah satu perniagaan INFOMASI atau MAKLUMAT. Anda mungkin mempunyai berbagai maklumat berkaitan sesuatu isu dan perkara.



Jika ianya diolah menjadi bentuk tertentu sudah tentu ia boleh memberikan pendapatan kepada anda dengan syarat anda mahu menjual dan memasarkannya. Dari segi pendapatan, hanya langit sahajalah yang menjadi batasannya. Walau bagaimanapun kami akan memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi RM200 sehari dengan maklumat 4 muka surat yang bertaip.



INFOMASI adalah satu abhan yang semula jadi wujud didalam kehidupan manusia. Tanpa infomasi dan maklumat manusia tidak akan kemana-mana. Zaman ini adalah zaman dimana ledakan maklumat berlaku diseluruh dunia dan hubungan komunikasi global semakin mengecil akibat kecanggihan teknologi computer pada masa ini.



Dan diabad yang akan datang pula manusia akan semakin uas menggunakan teknologi untuk berkomunikasi sesama mereka. Jika anda sesiapa diantara anda mengatakan yang anda tidak mengetahui apa itu infomasi, sesunggunya mereka sudah tidak mampu lagi bersaing untuk maju kehadapan dengan lebih berjaya.



Infomasi adalah maklumat, samada ianya untuk perniagaan, kerjaya, pelajaran, ilmu pengetahuan, gossip, khabar angin atau rumors. Semakin maju sesuatu infomasi positif yang digunakan oleh sesuatu bangsa itu maka semakin majulah taraf kehidupan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan, kewangan, nilai moral dan sebagainya.



Infomasi adalah senjata berguna dan ia boleh juga jadi merbahaya jika disalah gunakan. Sekarang kami akan mengatakan INFOMASI MEMBUAT WANG yangboleh membantu anda meningkatkan taraf kewangan anda dan mampu mengubah taraf kehidupan anda supaya menjadi lebih baik lagi dimasa akan dating.



Setiap hari kita akan berdepan dengan INFOMASI / MAKLUMAT baru didalam kehidupan dan setiap hari pula kita akan menjadi semakin bijak, dewasa melalui penerimaan dan penyampaian maklumat tersebut. Sekarang anda akan diajar bagaimana MENUKAR INFOMASI BIASA MENJADI WANG YANG LUMAYAN.



Hanya dengan menggunakan beberapa cara dan teknik anda boleh menghasilkan wang yang amat lumayan melalui maklumat-maklumat tersebut yang berada disekeliling anda. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui pembacaan anda contohnya melalui laporan-laporan seperti ini dimana anda ingin mengetahui cara-cara memperolehi wang hanya dari rumah.



Anda boleh membaca akhbar-akhbar, majalah perniagaan dan kewangan. Menghadiri kursus dan seminar keusahawanan. Bagi orang yang kreatif dan bijaksana mereka dapat menjadikan sesuatu perkara dan isu itu untuk mendapatkan wang. Untuk mencari wang bermakna anda mestilah tahu mencari peluang dimana dan apa yang diperlukan oleh orang ramai.



Contohnya jika mereka mahu mencuci pakaian dengan bersih, anda perlu menawarkan SABUN PENCUCI BERKUASA. Untuk mencari wang dengan cara mudah memang ada caranya, tetapi jika anda hanya melihat dari segi MAKAN GAJI ia amatlah mustahil. Anda tidak boleh melakukan lebih daripada apa yang diperuntukkan kepada anda sesuai dengan gaji yang dibayar.



Tetapi jika anda melihat dari segi PERNIAGAAN ia memang terbuka dengan luas. Anda hanya perlu mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka dan jual kepada mereka dengan harga yang berpatutan sesuai dengan berapa pentingnya INFOMASI tersebut. Mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan maklumat tersebut boleh membantu mereka.



Contohnya jika anda menemui seorang yang mempunyai penyakit kencing manis dan anda mempunyai ubat dan penawar untuk penyakit tersebut yang membolehkan dirinya sembuh seperti sediakala selepas mengambil penawar yang anda berikan. Sudah tentu orang tersebut akan sanggup membayar berapa sahaja harga penawar tersebut asalkan dirinya terselamat daroipada penderitaan akibat penyakit kencing manis.



Itulah kesimpulan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada sesuatu masalah dan kejadian. Semua perniagaan adalah sebagai memenuhi keperluan sahaja. Keperluan manusia tidak terbatas. Jika anda menawarkan sebuah televisen kepada orang buta ia bukanlah satu perkara yang tidak begitu tepat.



Tetapi jika anda memberikan atau menjual sejenis alat bantuan sensor yang boleh menolong memudahkan pergerakan mereka sudah tentu ia sangat bermanafaat dan anda boleh menjual dengan kuantiti yang banyak dimasa hadapan. Jika anda mahu memperolehi banyak wang dengan menjual maklumat , anda haruslah memilih maklumat yang sesuai atau pun mengolah sesuatu maklumat supaya ia dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan.



Sekarang kami hanya akan menerangkan mengenai maklumat yang sangat-sangat diperlukan oleh hampir kepada semua orang. Maklumat tersebut ialah cara untuk MENAMBAH WANG MENJADI KAYA, HIDUP SENANG dan yang seumpamanya.



Bagaimana untuk mendapatkan maklumat ini? MUDAH SAHAJA… banyak perkara telah berada disekeliling kira sehak sekian lama tetapi kita tidak begitu menyedari bahawa ia boleh ditukar menjadi wang. Contohnya jika anda memiliki computer. Tahukah anda bahawa computer boleh menjadi alat membuat duit atau menjadi lombong emas jika digunakan dengan betul dengan perisian-perisian tertentu.



Anda boleh membuat KAD JEMPUTAN DLL, MENULIS SURAT, BORANG MEMBUAT KATALOG JUALAN, MEMBUAT SURAT BERITA, PENGIKLANAN,



MEMBUAT GRAFIK KOMPUTER, MEMBUAT HALAMAN WEB, MENGAJAR KOMPUTER, MENGAJAR MENGGUNAKAN PERISIAN, MENYUNTING GAMBAR, MELUKIS PELAN RUMAH, MENYEWAKAN HALAMAN WEB, EMEL, MENJADI BROKER MAKLUMAT (ALAMAT JABATAN KERAJAAN DLL).



Dan bermacam-macam perkara lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan computer dan anda boleh menerima pulangan yang begitu lumayan sekali setiap bulan. Jangan jadikan computer anda sebagai hiasan dan ditinggalkan berdebu atau sekadar untuk bermain games sahaja. Ini baru mengenai computer sahaja. Jika anda mempunyai kamera dan tahu banyak perkara mengenai fotografi, anda boleh mengajar atau mengadakan kursus fotografi.



Mengadakan kelab fotografi dikawasan anda, menulis surat berita mengenai fotografi, mengadakan kursus fotografi secara pos dari rumah, mengambil gambar pengantin, gambar bayi, pelajar-pelajar sekolah, emmbuka studio dan sebagainya. Jika anda mempunyai rumah sendiri, anda boleh menyewakan bilik kepada orang lain untuk menambahkan pendapatan. Anda boleh mengadakan keals tuisyen, menjalankan kursus atau belajar kemahiran untuk sebarang perkara seperti jahitan, masakan, Andaman, muzik, tarian dan lain-lain. Jika anda mempunyai mesin faks, boleh digunakan sebagai alat dan tawarkan kepada orang lain untuk menggunakan faks anda dengan mengenakan sedikit bayaran diantara RM1 sehingga Rm10 bergantung kepada jarak dan kawasan yang dikirimkan.



Semuanya boleh diubah menjadi wang jika anda mempunuai daya kreativiti dan inovasi.Untuk mendapatkannya anda perlu banyak membaca dan mengkaji disekitar kawasan tempat tinggal anda. Untuk berjaya anda perlu menjadi LAIN DARIPADA YANG LAIN. Bermakna anda tidak hanya mengikuti apa yang orang lain lakukan sahaja tanpa memperbaharui atau berinovasi. Sebenarnya memang banyak sekali cara untuk mencari wang dirumah jika anda mahu memikirkannya dan melaksanakannya.



Disini kami sekali lagi mahu memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi hingga lebih RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL MAKLUMAT 4 MUKA SURAT. Pertama sekali yang anda mesti lakukan ialah mencari bahan untuk ditulis dan diolah supaya boleh menjadi sebuah bahan cetak seperti laporan yang sedang anda baca ini. Setelah anda dapat mengenal pasti bahan yang anda inginkan, mulakanlah membuat kajian dan menulisnya secara rambang sedikit demi sedikit.



Kemudian anda boleh simpan dahulu dan sambung kemudian untuk menulisnya. Idea biasanya tidak dating dalam keadaan kita sedang penat dan tidak tenang. Ada kalanya setelah kita keluar berjalan-jalan dan berbual-bual dengan orang lain kita akan mendapat idea berkaitan perkara yang mahu ditulis.



Caranya ialah hendaklah cepat-cepat dicatatkan apa yang terlintas didalam fikiran anda. Contohnya jika anda berjalan-jalan dibandar dan terlihat orang membaiki kasut, menjual tisu, rokok, ejen jualan langsung, penjual kuih, cendol, pengutip sisa buangan untuk dikitar seperti tin minuman, kotak, plastic dan lain-lain.



Dengan idea tersebut anda boleh menulis mengenai cara mencari wang yang senang dan tidak perlu modal yang banyak. Jika anda pernah bergaul dengan orang yang menjalankan perniagaan MLM atau jualan langsung, anda boleh menulis mengenai cara untuk menjadi jutawan melalui jualan langsung.



Jika ada tanah terbiar, anda boleh menulis mengenai cara mencari wang melaluinya. Contohnya dengan menyewakan tanah, menjadikan kawasan reaksi, memancing, model untuk mengambil gambar. Pendek kata anda boleh menulis mengenai apa sahaja perkara dan topic dan fikirkan tentang bagaimana sesuatu itu boleh menghasilkan wang. Ini akan dapat menarik minat ramai orang.



Contohnya dengan menulis panduan membuat bunga straw, panduan belajar piano, gitar, computer, kamera, seni kraf, menanam bunga, memasak, mengambil gambar video dan lain-lain lagi. Setelah anda siap menulis panduan-panduan seperti ini, ia hendaklah dijual dengan cara mengiklankannya diakhbar dan majalah dengan meluas jika anda mempunyai modal yang cukup.



Atau anda boleh iklankan didalam satu atau dua penerbitan dahulu jika tidak cukup wang. Jika satu panduan anda jual dengan harga RM20 dans etiap hari anda menerima hanya 10 pesanan, maka RM200 sudah menjadi miliki anda setiap hari. Jika anda menjual beberapa panduan maka gandakan sahaja pendapatan yang boleh anda perolehi dengan hanya menjual panduan berupa maklumat yang tebalnya hanya 1 hingga 5 mukasurat. Contohnya seperti panduan ini sendiri. Dan bukan mustahil anda akan tersenyum untuk menyimpan wang dibank kelak.



Inilah cara yang kami maksudkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan dirumah hanya dengan menjual maklumat mudah berupa panduan-panduan dan laporan-laporan. Untuk menjadi penulis bukannya susah asalkan anda mahu mencuba dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan mutu tulisan anda.



Begitu jugalah yang berlaku kepada penulis. Saya tidak bersekolah tinggi dan hanya mempunyai sijil SRP. Saya tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mengenai dunia penulisan langsung kerana pekerjaan yang saya lakukan dulu semuanya kerja kasar seperti pemandu jentolak, burh kilang papan, peniaga nasi lemak dan peniaga makanan.



Saya juga tidak tahu langsung menggunakan komputer dan tidak faham bahasa inggeris. Tetapi semuanya BOLEH DILAKUKAN dengan berkat keazaman dan



tidak pernah putus asa. Saya belajar bahasa inggeris dengan membaca akhbar dan menggunakan kamus. Belajar menulis hanya dengan tulisan tangan, kertas dan pen, hasilnya hanyalah tulisan yang tidak tersusun, bercleatu dan sukar difahami.



Walaupun ada kritikan, komplen tetapi saya tidak putus asa dan terus baiki hail tulisan saya dan selama bertahun-tahun akhirnya saya semakin mahir menulis dan mendapat idea sendiri seperti sekarang ini. Kemudian saya membaca buku-buku mengenai computer yang kebanyakkanya dalam bahasa inggeris.



Saya gunakan kamus, bertanya kepada kawan-kawan dan akhirnya saya mampu membeli computer sendiri dan mahir menggunakannya. Sekarang saya sudah mempunyai dua buah computer lengkap dengan akses internet dan ia membudahkan saya mencari bahan secara percuma.



Apa yang saya ada ialah TEKAD UNTUK HIDUP SENANG DISAMPING BERUSAHA TANPA JEMU. Dan sekarang saya bekerja tidak lebih 10 jam seminggu dengan memiliki pendapatan antara RM200 hingga RM2,450 sehari. Ya.. ada kalanya banyak dan ada kalanya kurang tetapi pendapatan saya memang sungguh lumayan.



Jika saya bekerja dengan orang lain mungkin saya tidak akan hidup dalam keadaan selesa seperti sekarang. Semua orang memang boleh menggunakan cara ini walaupun tidak mempunyai asas langsung. Saya juga begitu, hanya KEMAHUAN DAN KETEKUNAN SERTA KESABARAN sahaja jalan untuk mencapai kejayaan. WANG dan modal adalah perkara kedua.



Pengetahuan boleh dicari tetapi KEMAHUAN, KETEKUNAN DAN KESABARAN perlu dibina sendiri untuk mencapi impian anda. Untuk hidup senang JUAL IDEA ANDA. Jangan jual diri atau harga diri anda sebagai mana anda bekerja sekarang ini. Diri anda boleh letih tetapi idea tidak boleh letih dan ia semakin bertambah. LAKUKAN SEKARANG!


Sunday, 18 September 2011

RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN (Buat Duit Dari Rumah)


RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN (Buat Duit Dari Rumah)


Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya. Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai. Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut . mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.


Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan. Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya.


Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung. Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.


Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir. Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.


Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik. Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus. Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.


Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancungan. Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah. Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.


Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain. Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil. Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dibidang guaman. Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya. Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud didalam diri sendiri.


Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda boleh temui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu,anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.


Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu (7-8 tahun) saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah kerugian besar dalam saham dan perniagaan.


Ketika itu umur saya baru 27 tahun dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi . saya banyak terdedah didalam dunia perniagaan kecil-kecilan dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah saya sanggup bekerja dalam tempoh yang panjang untuk mengumpul wang. Malangnya saya telah tertipu dalam pasaran hadapan dan semua simpanan dari penat lelah habis begitu sahaja. Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja, saya telah memikirkan cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luarbiasa tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Saya telah mendapat satu idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ‘ THE LAZY WAY TO A MILLIONS ’.


Tajuknya amat memikat hati saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal iaitu lebih daripada seratus ringgit, abhakan halangan yang paling besar saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi saya mahu mencuba, dan setelah selesai membaca buku tersebut saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi iaitu fotografi. Saya pun mencari bahan menulis tip-tip atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja dan menjualnya secara pos.


Percubaan tersebut telah mendapat sambutan yang agak baik juga dan dari situlah saya telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman saya selama beberapa tahun sekarang saya sudah mahir untuk menulis mengenai berbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah saya boleh menulis beberapa panduan setebal 2 hingga 10 muka surat dalam


masa beberapa jam sahaja . panduan ini sendiri saya tulis dengan hanya mengambil masa kurang dari dua jam .


Jika saya menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduan ini sudah memadai. Bahkan bukan mustahil untuk menjual sehingga beberapa ratus naskah dalam sebulan. Dari dulu lagi saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana saya telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.


Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. untuk menulis bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis diata meja makan di rumah saya menggunakan komputer buku (note book computer) . dulu semasa saya tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.


Setelah saya mampu membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer melalui buku-buku, kerja-kerja menulis telah menjadi semakin mudah dan saya boleh melakikannya pada bila-bila masa sahaja. Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak. BERTINDAKLAH SEKARANG !!

Thursday, 15 September 2011

RAHSIA BAGAIMANA MEMENUHI PETI SURAT ANDA DENGAN WANG SETIAP HARI




RAHSIA bagaimana memenuhi peti surat anda dengan wang setiap hari ataupun wang akan DIHANTAR hingga dihadapan pintu rumah anda oleh posmen. Mungkin anda tidak pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di rumah di mana mungkin ianya akan melebihi pendapatan atau gaji anda sekarang.



Malah untuk mendapatkan wang di rumah dengan kaedah ini juga kerana anda tidak perlu meletakkan jawatan ataupun berhenti kerja kerana ianya boleh dilakukan hanya dengan beberapa jam sahaja dalam seminggu. Anda mungkin hanya memerlukan masa selama 1 hingga 2 jam seminggu sahaja dan ia sudah memadai. Mungkin ini adalah salah satu cara cara yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah .



Baiklah tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya. Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak anda, apa yang penting anda mahu mempelajari cara mudah ini untuk mencari wang tambahan. Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya , tetapi agak asing bagi mereka yang selama ini hanya tahu bekerja dengan orang lain sahaja atau makan gaji.



Istilah ini boleh dikatakan, makan dulu baru dapat gaji. Tetapi dengan kaedah perniagaan ini anda boleh menerima wang setiap hari yang jumlahnya boleh anda tentukan sendiri. Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya mungkin beratus-ratus tetapi kami hanya ingin menerangkan SATU KAEDAH yang paling mudah.



Rahsianya ialah menjual melalui POS. Memang banyak sekali barang yang boleh dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian , lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer. Tetapi kami ingin menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja di sini. Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos. apakah maklumat bercetak ?



Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia. Kerana semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran, masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi . Seperti panduan yang anda baca sekarang, ia juga merupakan satu maklumat yang mana anda sanggup ‘ membayar ’ untuk memilikinya.



Ianya hanya perlu ditulis sama ada anda mendapatkan kisah, cerita, kaedah ini melalui saudara mara, pembacaan ataupun dengan membuat penyrlidikan sendiri, yang penting maklumat yang anda ada itu memang menarik untuk dibaca. Dengan itu ia boleh diulang cetak dan dijual kepada orang lain dengan harga yang lumayan. Maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya berupa sebuah buku ataupun majalah juga akhbar.



Maklumat tersebut mungkin hanya berasal daripada satu perkataan sahaja. Mungkin perkataan tersebut amat bermakna untuk membuat hidup seseorang menjadi bertambah baik, bahagia, dan berjaya . Contoh perkataan keramat ialah WANG, RAHSIA, BERJAYA. Dengan perkataan WANG ini anda boleh menghuraikan cara-cara memperolehi banyak wang.



Sesiapa sahaja yang berakal akan menjadi amat sensitif dengan perkataan seperti ini. Kita hidup di dunia yang mana didiami juga oleh berjuta-juta manusia yang mempunyai berbagai keperluan dan keinginan bahkan jika boleh semua yang ada mahu dimiliki. Sekarang anda boleh belajar bagaiman anda boleh meukar keinginan pengetahuan anda menjadi wang . Tanpa keinginan senua perkara atau benda tidak boleh dicipta.



Jika anda ada pengetahuan tertentu contohnya seperti menaip, menjahit, menyanyi, memasak, berniaga, berceramah, menulis, mengajar, memandu, bermain alat musik, berlakun dan macam-macam-macam lagi. Untuk menuliskan perkara tersebut di sini mungkin memerlukan berpuluh-puluh helai kertas. Cuba KENAL PASTI apa yang anda ketahui dan minati :



Buat sedikit penyelidikan dan tuliskan di atas kertas, kumpulkan maklumat berkaitan dan jika anda sudah berpuashati bolehlah anda taipkannya dengan kemas . jika tidak mempunyai komputer atau meisn taip cubalah mendapatkan khidmat ini daripada kawan-kawan anda. Mungkin anda boleh mendapat khidmat percuma daripada mereka. Berikan tajuk menarik menggunakan perkataan seperti RAHSIA, HEBAT, PELUANG, WANG dan sebagainya. Anda mungkin seorang ibu, atau surirumah dan anda boleh bercakap mengenai teknik menjaga bayi, petua-petua kesihatan, masakan atau cara menggubah bunga-bungaan.



Semua orang memang ada SESUATU yang mereka tahu . Kita hanya perlu menggunakan apa yang telah kita ada sahaja itupun sudah mencukupi. Kita selalunya hanya mencari-cari di luar tetapi tidak di dalam diri sendiri. Jika anda sudah menyiapkan tulisan anda itu, ia sudah boleh dicetak sama ada dengan cara fotokopi dan sebagainya. Anda perlu faham di dunia ini memang terdapat ramai orang yang mempunyai keinginan dan minat yang sama seperti kita.



Oleh itu, kita boleh menjadi pembekal maklumat kepada mereka dengan menjual maklumat yang kita ada. Maklumat anda itu mungkin ada hanya 2 muka surat sahaja . Itu tidak menjadi hal yang penting maklumat anda itu berguna kepada mereka. Anda boleh menjual dengan harga 10 atau 20 ringgit, itu hak anda.



Anda boleh menentukan sendiri nilainya. Untuk menjual maklumat anda tidak sukar kerana anda boleh mengiklankannya di dalam akhbar atau majalah tempatan.



Modalnya juga kecil hanya antara 20 hingga 100 ringgit untuk sekali iklan. Jika anda mahu menceburi perniagaan ini secara serius anda hanya perlu mendaftarkan perniagaan anda dengan pejabat pendaftar perniagaan dan dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja . cari nama perniagaan yang menarik dan sesuai , buka akaun bank, buat iklan , sediakan katalog jualan yang menyenaraikan harga jualan (panduan) maklumat anda itu. Balas dengan segera.



Pelajari sedikit demi sedikit, jika anda tekun akhirnya anda boleh berjaya. Iklankan secara berterusan (gandakan iklan) . Laburkan semula wang anda untuk membuat lebih banyak iklan . Jika anda menyewa peti surat ianya akan dipenuhi dengan surat dan juga pesanan yang mengandungi wang, begitu juga jika anda menggunakan alamat rumah, posmen akan menghantar semua surat-surat sehingga di depan pintu rumah anda dan sebahagiannya pula merupakan pesanan untuk meklumat yang mengandungi wang pos, cek, wang tunai yang mana jumlahnya mungkin sehingga beribu ringgit sehari.



Jika anda banyak membuat iklan sudah tentu pesanan yang akan anda terima juga akan berterusan dan semakin meningkat dan banyak. Sanggupkah anda membiarkan wang yang begitu banyak terlepas begitu sahaja setiap hari apatah lagi keadaan sekarang dimana anda sudah tahu cara untuk mendapatkannya. Itulah cara untuk menukar atau pun menjadikan peti surat anda dipenuhi wang setiap hari. Mengapa tidak mahu mencubanya sekarang ?


Tuesday, 13 September 2011

RAHSIA BAGAIMANA MENULIS IKLAN KLASIFIKASI (RAMPAIAN) YANG MENGUNTUNGKAN




Semua orang memang mahu memperolehi lebih banyak wang. Dan memang menjadi kenyataan bahawa semua orang jika berpeluang memang mahu menjadi kaya! Ada satu cara dimana anda boleh menemui jalan yang agak mudah bagi mencipta kekayaan yang anda impikan iaitu melalui satu kaedah perniagaan secara pos yang boleh dijalankan secara professional. Ianya juga disebut sebagai jualan terus.



Salah satu caranya ialah dengan melakukan perkara asa iaitu menulis iklan klasifikasi yang boleh menguntungkan dimana ianya memang mudah untuk dipelajari. Jika anda mahu menjalankan perniagaan pos anda dengan jayanya, anda mestilah menggunakan kepakaran anda untuk menulis iklan rampaian atau pun klasifikasi anda itu.



Pastikan ianya boleh menghasilkan jualan untuk produk atau pun perkhidmatan anda itu. Jadi apakah yang boleh menarik perhatian pembaca, contohnya ialah anda mestilah menyatakan apa yang sebenarnya anda mahu nyatakan. Kedua ianya mestilah menepati kos yang anda mampu untuk melaksanakannya.



Dan yang ketiga, ianya mestilah boleh menghasilkan keinginan, sama ada untuk pertanyaan sahaja ataupun untuk jualan. Mendapatkan perhatian pembaca dan menarik mereka membaca iklan anda merupakan objektif utama yang mesti anda lakukan. Anda mestilah boleh mempastikan bahawa pembaca akan berhenti sebentar apabila membuka mukasurat yang memaparkan iklan anda itu walaupun ada banyak iklan-iklan lain dimuka surat yang sama.



Sudah tentu ada sesuatu RAHSIA yang boleh menjadikan setiap pembaca berhenti seketika apabila menatap iklan anda! Jadi dua atau tiga perkataan pertama yang anda gunakan merupakan perkara yang paling utama dan ia perlu diberikan keutamaan dan juga perlukan membuatnya melalui satu keputusan yang tepat. Dalam banyak pemerhatian dan penyelidikan perkataan-perkataan utama inilah yang sangat diperlukan untuk menarik perhatian pembaca.



Ianya seperti perkataan PERCUMA, ANDA BOLEH BERJAYA, ANDA BOLEH MEMPEROLEHI BANYAK WANG, RAHSIA, PERHATIAN! dan lain-lain perkataan yang boleh menarik perhatian. tetapi walau apa pun perkataan yang mahu anda gunakan untuk memulakan iklan anda, anda haruslah juga memikirkan bahawa ia juga mempunyai saingan dengan banyak lagi iklan-iklan kecil dari syarikat lain dimuka surat yang sama.



Oleh itu melalui perkataan UTAMA anda itu haruslah anda meneruskan perhatian pembaca dengan memberikan “janji” atau pun memberikan faedah



yang lebih banyak lagi yang bakal diterima oleh pembaca. Dalam kata lain, anda mungkin boleh menggunakan perkataan seperti ini : CARA MEMPEROLEHI WANG YANG BANYAK!



Mudah, kami akan menunjukkan kepada anda caranya. Didalam bahasa iklan yang professional, anda telah menarik perhatian bakal pembeli anda, dan menarik minat mereka untuk memiliki produk yang diiklankan. Perkara yang terbaik dalam menulis iklan klasifikasi ialah cuba menarik minat pembaca mengenai perkara yang “ditawarkan”. Inilah perkara yang menjadikan sesuatu iklan itu sama ada ianya boleh berjaya ataupun tidak.



Cuba fikirkan mengenai perkara ini – anda telah dapat menarik perhatian pembaca anda ; anda telah memberitahu mereka bahawa ianya mudah dan senang dan anda menyuruh mereka melakukan sesuatu. Lepas itu barulah anda meneruskan lagi iklan anda dengan lebih jauh dengan menawarkan produk anda . Di bahagian ini, para pembaca akan membandingkan iklan anda dengan iklan-iklan lain yang juga boleh menarik minat dan perhatian mereka kemudian barulah mereka akan membuat keputusan untuk memilih yang mana satu untuk mendapatkan maklumat seterusnya ataupun hanya akan memberi tumpuan kepada iklan yang lebih menarik minat mereka. Apa yang saya katakan dan maksudkan ialah ‘ di sinilah ’ tempatnya untuk anda memasukkan perkataan ‘ ajaib ’ yang boleh menghasilkan jualan seterusnya.



Jadi sekarang cuba kita baca ayat ini : PEROLEHI WANG YANG BANYAK , MUDAH DAN SENANG. DIJAMIN ! ianya memang menarik. Sekarang pembaca sudah tertarik dengan ayat daripada iklan anda itu dan mereka fikir, jangan ketinggalan ……dan sekarang adalah masanya untuk anda meminta mereka membuat bayaran .Sekarang ini merupakan bahagian yang mana menyuruh mereka bertindak didalam iklan anda itu. dI bahagian inilah anda yang mana perlu menggunakan perkataan perangsang seperti :



TAWARAN TERHAD ! BERTINDAK SEKARANG – TULIS/HUBUNGI HARI INI. HANYA…..anda juga boleh menulis begini : DAPATKAN DENGAN BANYAK ! MUDAH /CEPAT/DIJAMIN ! Tawaran terhad, kirimkan RM1 kepada……Ini merupakan ramuan iklan-iklan yang boleh memberikan kejayaan yang mana ianya mempunyai unsur seperti : PERHATIAN-MINAT-KEINGINAN-TINDAKAN.



Tanpa memasukkan dan membina empat jenis unsur-unsur ini didalam iklan anda mustahil untuk anda berjaya dan ianya hanya akan menyebabkan kos anda meningkat dari segi kewangan tanpa memberikan pulangan langsung. Apa yang baru sahaja kami beritahu anda ini hanyalah merupakan asasnya sahaja didalam iklan klasifikasi. Sama ada iklan tersebut untuk ditempatkan didalam penerbitan besar ataupun kecil yang penting ialah untuk menarik seramai mungkin perhatian pembaca dan bagaimana mereka mahu membeli produk/laporan atau perkhidmatan anda. Sekarang cuba perhatikan contoh seperti yang dituliskan



dibawah ini. Ia boleh ditulis dengan menggunakan kaedah asas menulis iklan seperti di bawah :



RAHSIA MEMBUAT WANG ! Bagaimana menulis iklan-iklan yang mneguntungkan . Senang dan mudah untuk dipelajari, boleh menggandakan atau memberi respon sehingga tiga kali ganda. Kirimkan RM1 kepada ABC ENTERPRISE. 10 Jalan Sebarang, Cape Town, Melaka.12000.



Point yang digunakan ialah



1) Anda telah menarik perhatian



2) Anda telah menarik minat mereka



3) Anda telah berjaya membuat mereka tertarik dengan ayat-ayat yang digunakan yang membuat mereka ingin membeli produk atau perkhidmatan anda.



4) Anda telah berjaya menyuruh mereka bertindak segera



Ianya bukan kerana disebabkan bijak atau sebagai satu helah. Hanya dengan menggunakan perkara yang asas sahaja keuntungan anda akan segera meningkat dengan mudah. Salah satu cara yang terbaik untuk mempelajari bagaimana menulis iklan klasifikasi yang baik ialah mencuba kaedah seperti yang telah kami berikan diatas.



Belajar menulis menggunakan kaedah tersebut untuk produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Lakukannya dengan kerap supaya anda menjadi mahir dan memperolehi banyak idea. Apabila anda menulis iklan, cuba perbaiki perkataan-perkataan , ayat-ayat dan perenggan . Perkara terakhir yang perlu anda ambil perhatian sudah tentulah mengenai nama dan alamat anda , di mana pembaca akan memberi respon dan kemana mereka harus mengirimkan pertanyaan dan surat menyurat dan juga bagaimana mereka mahu mengirimkan wang kepada anda kelak.



Secara amnya dikatakan kelak, para pembaca akan memberikan respon yang lebih kerap kepada iklan yang mengandungi nama berbanding dengan yang hanya mengandungi alamat sahaja. Walau bagaimana pun disebabkan iklan klasifikasi menggunakan bayaran bergantung kepada banyaknya perkataan, ataupun besar ruang yang digunakan anda boleh menggunakan nama yang ringkas dan pendek sahaja asalkan ianya mempunyai kaitan dengan iklan anda.



Apa yang penting di sini, ialah agar anda dapat menulis iklan anda dengan ringkas tetapi dapat menyampaikan maksud anda. Gunakan hanya perkataan pendek, nama dan ayat-ayat pendek sudah memadai kerana yang penting ialah ‘ perkara ’ yang anda mahu sampaikan boleh diterima dengan mudah dan jelas.



Begiru juga jika anda menggunakan alamat pejabat pos atau peti surat pejabat pos. perkara yang paling penting untuk anda memperolehi wang yang lumayan melalui iklan anda ialah dengan menulisnya secara baik, sentiasa membuat



pembaharuan, penyelidikan dan menjaga kos perbelanjaan untuk iklan anda itu. Sekarang anda tahu asasnya, tindakan seterusnya adalah bergantung kepada anda. Untuk emmperolehi wang yang lumayan melalui iklan klasifikasi anda hanya perlu memperbaiki kaedah yang digunakan dari masa ke semasa.



Sekian, selamat mencuba !


Thursday, 8 September 2011

PRODUK RAHSIA YANG BOLEH MEMBERI KEKAYAAN DIDALAM URUSNIAGA POS




Setiap hari semakin ramai orang melibatkan diri di dalam industri PERNIAGAAN SECARA POS (MAIL ORDER), sama ada mereka memulakan perniagaan mereka sendiri ataupun terlibat dengan syarikat urusniaga lain dan berharap boleh menjadi kaya . Pada masa yang sama ramai juga yang menyerah kalah kerana mereka boleh mendapat keuntungan di dalam industri mail order ini .



Rahsianya dan penyelesaiannya sangat mudah, jika anda tidak mempunyai produk atau barangan yang betul dan baik dan mengetahui cara untuk mempromosikannya dengan baik, sudah pasti anda akan gagal sebelum anda memulakannya lagi ! Semua orang yang terlibat di dalam urusniaga pos membuat jualan dengan menggunakan pengiklanan.



Mereka , sebahagian besarnya memang mencari kaeah yang membolehkan diri mereka menyelesaikan masalah kewangan semasa, umpamanya pendapatan yang kecil dan tidak mencukupi . Ada juga yang menyimpan cita-cita untuk menjadi kaya dengan cepat . Dalam keadaan ekonomi mereka sendiri yang gawat, kebanyakan orang menjual dan mempromosikan pelan atau sekim yang memang sukar dipercayai boleh memberikan kekayaan.



Menjual idea atau pelan yang boleh menjadikan seseorang memperolehi pendapatan tambahan tanpa perlu bekerja ataupun boleh menjadi kaya dengan cepat adalah satu perniagaan yang bernilai berbilion dollar setahun . Kebanyakan pembeli pelan ini akan kecewa, tetapi keinginan dan cita-cita mereka untuk mencari lebih banyak wang tidak akan luntur.



Mereka akan terus mencari pelan dan program yang lain dan idea baru yang boleh memenuhi impian mereka. Jika anda benar-benar faham dengan apa yang saya maksudkan sehingga kini, barulah anda boleh memahami sekarang bahawa ‘ produk rahsia ’ yang boleh menjadikan anda kaya ialah kaedah dan panduan bagaimana untuk membuat sesuatu yang menerangkan secara lebih lanjut lagi.



Anda boleh menghasilkan dan mencari panduan yang menerangkan secara lanjut bagaimana sesuatu kaedah atau pelan itu boleh memberikan penyelesaian dan kejayaan kepada mereka dan juga bagaimana ianya boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Dalam keadaan yang paling mudah untuk diterangkan ialah , artikal ataupun buku yang akan memberitahu orang lain bagaimana mereka boleh mendapat faedah dan keuntungan . Ini kerana cara



yang dimaksudkan ini akan memberi penerangan secara lebih lengkap bagaimana untuk memulakan , menjalankan dan menjayakan perniagaan yang menguntungkan.



Ada orang yang membeli buku mengenai Bagaimana Untuk Berjaya didalam urusniaga pos dan telah diberitahu oleh penulis buku cara mudah tetapi tidak diberitahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan, menggandakan modal dan iklan daripada yang kecil hingga menjadi besar. Bagaimana untuk membina empayar perniagaan anda. Perkara utama yang tidak harus dilupakan ialah, kenyataannya bagaimana anda perlukan masa dan melaburkan semula sebahagian wang keuntungan anda untuk membina perniagaan yang berjaya. Selain wang dan masa ia juga perlukan kesungguhan dan ketekunan.



Anda tidak boleh menjadi kaya seperti mana mengharapkan sesuatu yang jatuh dari langit . Inilah perkara yang tidak difahami oleh ramai orang yang telah menyebabkan mereka jatuh dan gagal dalam perniagaan ini.



Mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dan mempunyai daya juang serta kesabaran untuk membina perniagaan yang tinggi. Ini bukan satu kaedah judi atau seperti menang loteri. Inilah sebenarnya ‘ produk RAHSIA ’ yang anda boleh jual dan menjadi kaya dengan menjualnya.



Semua orang mahu menjadi kaya – kebanyakan orang mahu cara dan jalan ringkas tetapi tidak mengetahui ‘ RAHSIA DALAMAN SEBENAR ’ untuk menjadi menjadikan pelan tersebut berjaya serta menguntungkan, dan hasilnya pula ia boleh menjadikan orang lain mendapatkan maklumat daripada mereka. Pada pendapat dan cadangan saya, anda boleh memulakan perniagaan dengan menjual maklumat, report perniagaan yang berjaya.



Report atau laporan seperti hanya dijual dalam beberapa muka surat dan distaple tetapi dapat menarik ribuan pembaca . Katakan anda membuat iklan klasifikasi kecil dan menjual maklumat ini dengan harga RM30 dan boleh menjual sebanyak 200 naskah, anda dapat RM6,000. Kosnya hanya tidak sampai dua ringgit. Dari wang tersebut anda boleh menjual 3 ribu naskah, anda dapat RM90,000. Hanya dengan satu laporan !


Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)