Showing posts with label URUSNIAGA. Show all posts
Showing posts with label URUSNIAGA. Show all posts

Friday, 9 September 2011

CARA MENGELAKKAN KESILAPAN BIASA DIDALAM URUSNIAGA POS




Tidak semua orang yang suka yang suka bekerja sepanjang hidup mereka. Dan apabila jenis orang seperti ini mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara pos mereka sendiri, mereka tidak mengetahui cara-cara untuk berkomunikasi dengan betul dengan pelanggan ataupun pengedar lain. Kelemahan didalam bidang komunikasi yang utama ini akan menyebabkan mereka akan menutup perniagaan mereka dengan lebih cepat lagi, dengan lain maksud, tidak boleh berniaga lagi. Di sini terdapat beberapa kaedah yang boleh membantu pengurusan anda menjadi lebih cekap dan berkesan lagi.



1) Alamatkan surat-surat anda dengan kemas dan betul



Anda seharusnya hanya menggunakan sampul surat berukuran 4x9 inci sahaja. Sampul surat tersebut haruslah mengandungi nama-nama dan alamat lengkap orang yang anda tujukan surat dan juga alamat dan nama perniagaan anda disebelah atas kiri sampul surat tersebut. Jikalau surat tersebut tidak sampai kerana bakal pelanggan anda telah berpindah , sakit ataupun meninggal dunia, maka surat tersebut akan dapat dikembalikan semula kepada anda oleh pihak pos berpandukan alamat anda yang tertera . Dengan itu katalog yang ada didalam sampul surat tersebut masih lagi boleh digunakan.



Anda hanya akan kerugian duit setem sahaja. Walau bagaimana pun cubalah elakkan daripada menggunakan alamat anda itu ditulis biasa (tangan). Jika anda mampu bolehlah anda membuat cetakan label ataupun menempah sampul surat yang bercetak kemas. Gunakan dakwat berwarna hitam adalah lebih kemas dan mudah dibaca .



2) Sertakan nota ataupun surat pengenalan.



Tidak ada lagi yang lebih mendukacitakan apabila anda menerima surat daripada pelanggan yang membuat pesanan wang, cek, kiriman wang yang tidak menyatakan apakah barangan yang dikehendakinya



Bagi mereka yang masih baru lagi menceburi bidang urusniaga pos ini tidak menyedari bahawa terdapat 100 atau mungkin 1000 lagi peniaga yang menawarkan produk yang hampir sama dan menawarkan harga yang berbeza-beza. Mereka mungkin juga menawarkan perkidmatan dan harga yang sama seperti anda. Sebagai contoh, surat untuk cover letter anda mungkin berbunyi begini ;



Kepada ( isikan nama mereka di sini ) : saya telah terbaca iklan anda di dalam ( nama penerbitan ) dan mahu membuat pesanan barangan ( nama barangan yang dipesan/tawarkan) . Terima kasih kerana perhatian anda. ( nama dan alamat anda ). Surat-surat anda hendaklah ditulis di atas kertas bersaiz A4 ataupun 11x 8 ½ inci dan meletakkan nama dan alamat anda di sebelah atasnya.



Dengan cara ini jika anda memesan barangan dan pembekal tidak terjumpa alamat anda, mereka masih boleh terbaca surat anda itu.



3) Jangan menunggu surat anda hanya dalam masa dua hari untuk dibalas.



Sebahagian orang yang membaca iklan, kemudian membuat pesanan pada hari isnin dan menunggu dapat balik pesanan pada hari khamis diminggu yang sama. Ini adalah amat mustahil boleh berlaku.



Cubalah menjadi rasional kerana untuk mendapat surat biasa anda memerlukan diantara 3 hingga 10 hari. Kemudian ianya memerlukan pula masa 3 hingga 10 hari juga untuk kebanyakan pembekal memenuhi pesanan. Tidak semua orang mampu menawarkan perkhidmatan selama 24 jam sehari , lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan tersebut telah membesar dan menjadi sibuk. Sebahagian daripada kita mempunyai keluarga yang juga mahu diberikan perhatian. Kita tidak akan menggunakan semua masa sedar kita untuk bekerja dan memenuhi pesanan pelanggan. Kita juga perlukan kehidupan sendiri .



Kebanyakan mereka yang masih baru didalam bidang urusniaga pos ini tidak percaya bahawa terdapat sesetengah pengusaha secara pos memproses kerja mereka di rumah. Sementara kita tidak mempunyai pekerja yang membantu kita.



Kita perlu bersabar apabila mengirimkan pesanan. Ada sesetengah daripada mereka memberikan masa penghantaran dalam tempoh tertentu. Memiliki dan menjalankan perniagaan secara pos memang mempunyai keseronokan yang banyak dan tersendiri. Ianya menarik kerana anda akan menemui ramai jenis orang.



Tetapi ini adalah satu perniagaan yang juga memerlukan perhatian dan kajian. Jika anda benar-benar serius dan anda tidak mempunyai pejabat sendiri, cubalah baca buku-buku mengenai urusniaga pos . ianya mempunyai nilai seperti emas.



Selain itu anda boleh mulai mendapat ramai kenalan dan memperolehi ganjaran pula berupa wang didalam peti surat anda setiap hari. Anda sudah mempunyai pengetahuan yang diperlukan sekarang. Apa yang perlu dilakukan ialah membuat PERANCANGAN DAN BERTINDAK SECARA BETUL.


Thursday, 8 September 2011

PRODUK RAHSIA YANG BOLEH MEMBERI KEKAYAAN DIDALAM URUSNIAGA POS




Setiap hari semakin ramai orang melibatkan diri di dalam industri PERNIAGAAN SECARA POS (MAIL ORDER), sama ada mereka memulakan perniagaan mereka sendiri ataupun terlibat dengan syarikat urusniaga lain dan berharap boleh menjadi kaya . Pada masa yang sama ramai juga yang menyerah kalah kerana mereka boleh mendapat keuntungan di dalam industri mail order ini .



Rahsianya dan penyelesaiannya sangat mudah, jika anda tidak mempunyai produk atau barangan yang betul dan baik dan mengetahui cara untuk mempromosikannya dengan baik, sudah pasti anda akan gagal sebelum anda memulakannya lagi ! Semua orang yang terlibat di dalam urusniaga pos membuat jualan dengan menggunakan pengiklanan.



Mereka , sebahagian besarnya memang mencari kaeah yang membolehkan diri mereka menyelesaikan masalah kewangan semasa, umpamanya pendapatan yang kecil dan tidak mencukupi . Ada juga yang menyimpan cita-cita untuk menjadi kaya dengan cepat . Dalam keadaan ekonomi mereka sendiri yang gawat, kebanyakan orang menjual dan mempromosikan pelan atau sekim yang memang sukar dipercayai boleh memberikan kekayaan.



Menjual idea atau pelan yang boleh menjadikan seseorang memperolehi pendapatan tambahan tanpa perlu bekerja ataupun boleh menjadi kaya dengan cepat adalah satu perniagaan yang bernilai berbilion dollar setahun . Kebanyakan pembeli pelan ini akan kecewa, tetapi keinginan dan cita-cita mereka untuk mencari lebih banyak wang tidak akan luntur.



Mereka akan terus mencari pelan dan program yang lain dan idea baru yang boleh memenuhi impian mereka. Jika anda benar-benar faham dengan apa yang saya maksudkan sehingga kini, barulah anda boleh memahami sekarang bahawa ‘ produk rahsia ’ yang boleh menjadikan anda kaya ialah kaedah dan panduan bagaimana untuk membuat sesuatu yang menerangkan secara lebih lanjut lagi.



Anda boleh menghasilkan dan mencari panduan yang menerangkan secara lanjut bagaimana sesuatu kaedah atau pelan itu boleh memberikan penyelesaian dan kejayaan kepada mereka dan juga bagaimana ianya boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Dalam keadaan yang paling mudah untuk diterangkan ialah , artikal ataupun buku yang akan memberitahu orang lain bagaimana mereka boleh mendapat faedah dan keuntungan . Ini kerana cara



yang dimaksudkan ini akan memberi penerangan secara lebih lengkap bagaimana untuk memulakan , menjalankan dan menjayakan perniagaan yang menguntungkan.



Ada orang yang membeli buku mengenai Bagaimana Untuk Berjaya didalam urusniaga pos dan telah diberitahu oleh penulis buku cara mudah tetapi tidak diberitahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan, menggandakan modal dan iklan daripada yang kecil hingga menjadi besar. Bagaimana untuk membina empayar perniagaan anda. Perkara utama yang tidak harus dilupakan ialah, kenyataannya bagaimana anda perlukan masa dan melaburkan semula sebahagian wang keuntungan anda untuk membina perniagaan yang berjaya. Selain wang dan masa ia juga perlukan kesungguhan dan ketekunan.



Anda tidak boleh menjadi kaya seperti mana mengharapkan sesuatu yang jatuh dari langit . Inilah perkara yang tidak difahami oleh ramai orang yang telah menyebabkan mereka jatuh dan gagal dalam perniagaan ini.



Mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dan mempunyai daya juang serta kesabaran untuk membina perniagaan yang tinggi. Ini bukan satu kaedah judi atau seperti menang loteri. Inilah sebenarnya ‘ produk RAHSIA ’ yang anda boleh jual dan menjadi kaya dengan menjualnya.



Semua orang mahu menjadi kaya – kebanyakan orang mahu cara dan jalan ringkas tetapi tidak mengetahui ‘ RAHSIA DALAMAN SEBENAR ’ untuk menjadi menjadikan pelan tersebut berjaya serta menguntungkan, dan hasilnya pula ia boleh menjadikan orang lain mendapatkan maklumat daripada mereka. Pada pendapat dan cadangan saya, anda boleh memulakan perniagaan dengan menjual maklumat, report perniagaan yang berjaya.



Report atau laporan seperti hanya dijual dalam beberapa muka surat dan distaple tetapi dapat menarik ribuan pembaca . Katakan anda membuat iklan klasifikasi kecil dan menjual maklumat ini dengan harga RM30 dan boleh menjual sebanyak 200 naskah, anda dapat RM6,000. Kosnya hanya tidak sampai dua ringgit. Dari wang tersebut anda boleh menjual 3 ribu naskah, anda dapat RM90,000. Hanya dengan satu laporan !


Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)