Showing posts with label SEHARI. Show all posts
Showing posts with label SEHARI. Show all posts

Thursday, 29 September 2011

RAHSIA MEMPEROLEHI RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL INFOMASI 4 MUKA SURAT




Anda ingin mengetahui RAHSIA MEMBUAT DUIT HANAY DARI RUMAH? Ya sudah tentu memang ada caranya yang SAH dan munasabah serta mudah. Tidak ramai orang mengetahui RAHSIA MENAKJUBKAN ini. Tetapi ianya tidak pelik dan luarbiasa setelah anda mengetahuinya.



Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan cara yang lebih mudah dan cepat, hanya dengan menjual maklumat atau pun infomasi yang mana ramai orang akan mahu membayar wang kepada anda untuk mendapatkan maklumat tersebut. Orang ramai akan berebut-rebut mendapatkan infomasi yang akan membantu mengubah kehidupan mereka.



Malah kaedah ini bukan sahaja hanya boleh dipraktikan sewaktu ekonomi sesebuah Negara itu baik tetapi ianya juga boleh dijalankan sewaktu keadaan ekonomi merundum seperti yang berlaku sekarang ini. Malah masa sekarang inilah merupakan yang paling baik sekali untuk memulakannya.



Kebanyakkan orang hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan didalam hidup mereka iaitu dengan bekerja makan gaji. Mereka hanya mengukur kelayakan mereka melalui kelulusan akademik yang dimiliki. Pada masa ini sebenarnya sudah banyak sekali peluang untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dari rumah mereka tidak kira sama ada mereka tinggal dibandar atau pun didesa.



Sekalipun anda hanya menjalankan perniagaan anda dari rumah anda, potensi untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan adalah cerah. Dengan penciptaan alat-alat komuniasi yang ada sekarang seperti telefon, telefon bimbit, alat kelui, mesin faks, mesin menjawab telefon otomatik, computer, email, internet, mesin fotokopi dan lain-lain telah memudahkan lagi sesuatu tugasan dan pekerjaan.



Banyak pekerjaan dan urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah anda dan keluarga anda serta boleh dilakukan secara sambilan selepas waktu kerja atau dihujung minggu. Dan jika dilaksanakan dengan betul dan teratur anda boleh memperolehi pendapatan harian, mingguan, bulanan yang amat lumayan.



Pendapatan anda boleh melebih gaji anda. Kami akan menunjukkan caranya dan ia boleh dipelajari dengan mudah. Ianya adalah satu perniagaan INFOMASI atau MAKLUMAT. Anda mungkin mempunyai berbagai maklumat berkaitan sesuatu isu dan perkara.



Jika ianya diolah menjadi bentuk tertentu sudah tentu ia boleh memberikan pendapatan kepada anda dengan syarat anda mahu menjual dan memasarkannya. Dari segi pendapatan, hanya langit sahajalah yang menjadi batasannya. Walau bagaimanapun kami akan memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi RM200 sehari dengan maklumat 4 muka surat yang bertaip.



INFOMASI adalah satu abhan yang semula jadi wujud didalam kehidupan manusia. Tanpa infomasi dan maklumat manusia tidak akan kemana-mana. Zaman ini adalah zaman dimana ledakan maklumat berlaku diseluruh dunia dan hubungan komunikasi global semakin mengecil akibat kecanggihan teknologi computer pada masa ini.



Dan diabad yang akan datang pula manusia akan semakin uas menggunakan teknologi untuk berkomunikasi sesama mereka. Jika anda sesiapa diantara anda mengatakan yang anda tidak mengetahui apa itu infomasi, sesunggunya mereka sudah tidak mampu lagi bersaing untuk maju kehadapan dengan lebih berjaya.



Infomasi adalah maklumat, samada ianya untuk perniagaan, kerjaya, pelajaran, ilmu pengetahuan, gossip, khabar angin atau rumors. Semakin maju sesuatu infomasi positif yang digunakan oleh sesuatu bangsa itu maka semakin majulah taraf kehidupan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan, kewangan, nilai moral dan sebagainya.



Infomasi adalah senjata berguna dan ia boleh juga jadi merbahaya jika disalah gunakan. Sekarang kami akan mengatakan INFOMASI MEMBUAT WANG yangboleh membantu anda meningkatkan taraf kewangan anda dan mampu mengubah taraf kehidupan anda supaya menjadi lebih baik lagi dimasa akan dating.



Setiap hari kita akan berdepan dengan INFOMASI / MAKLUMAT baru didalam kehidupan dan setiap hari pula kita akan menjadi semakin bijak, dewasa melalui penerimaan dan penyampaian maklumat tersebut. Sekarang anda akan diajar bagaimana MENUKAR INFOMASI BIASA MENJADI WANG YANG LUMAYAN.



Hanya dengan menggunakan beberapa cara dan teknik anda boleh menghasilkan wang yang amat lumayan melalui maklumat-maklumat tersebut yang berada disekeliling anda. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui pembacaan anda contohnya melalui laporan-laporan seperti ini dimana anda ingin mengetahui cara-cara memperolehi wang hanya dari rumah.



Anda boleh membaca akhbar-akhbar, majalah perniagaan dan kewangan. Menghadiri kursus dan seminar keusahawanan. Bagi orang yang kreatif dan bijaksana mereka dapat menjadikan sesuatu perkara dan isu itu untuk mendapatkan wang. Untuk mencari wang bermakna anda mestilah tahu mencari peluang dimana dan apa yang diperlukan oleh orang ramai.



Contohnya jika mereka mahu mencuci pakaian dengan bersih, anda perlu menawarkan SABUN PENCUCI BERKUASA. Untuk mencari wang dengan cara mudah memang ada caranya, tetapi jika anda hanya melihat dari segi MAKAN GAJI ia amatlah mustahil. Anda tidak boleh melakukan lebih daripada apa yang diperuntukkan kepada anda sesuai dengan gaji yang dibayar.



Tetapi jika anda melihat dari segi PERNIAGAAN ia memang terbuka dengan luas. Anda hanya perlu mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka dan jual kepada mereka dengan harga yang berpatutan sesuai dengan berapa pentingnya INFOMASI tersebut. Mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan maklumat tersebut boleh membantu mereka.



Contohnya jika anda menemui seorang yang mempunyai penyakit kencing manis dan anda mempunyai ubat dan penawar untuk penyakit tersebut yang membolehkan dirinya sembuh seperti sediakala selepas mengambil penawar yang anda berikan. Sudah tentu orang tersebut akan sanggup membayar berapa sahaja harga penawar tersebut asalkan dirinya terselamat daroipada penderitaan akibat penyakit kencing manis.



Itulah kesimpulan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada sesuatu masalah dan kejadian. Semua perniagaan adalah sebagai memenuhi keperluan sahaja. Keperluan manusia tidak terbatas. Jika anda menawarkan sebuah televisen kepada orang buta ia bukanlah satu perkara yang tidak begitu tepat.



Tetapi jika anda memberikan atau menjual sejenis alat bantuan sensor yang boleh menolong memudahkan pergerakan mereka sudah tentu ia sangat bermanafaat dan anda boleh menjual dengan kuantiti yang banyak dimasa hadapan. Jika anda mahu memperolehi banyak wang dengan menjual maklumat , anda haruslah memilih maklumat yang sesuai atau pun mengolah sesuatu maklumat supaya ia dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan.



Sekarang kami hanya akan menerangkan mengenai maklumat yang sangat-sangat diperlukan oleh hampir kepada semua orang. Maklumat tersebut ialah cara untuk MENAMBAH WANG MENJADI KAYA, HIDUP SENANG dan yang seumpamanya.



Bagaimana untuk mendapatkan maklumat ini? MUDAH SAHAJA… banyak perkara telah berada disekeliling kira sehak sekian lama tetapi kita tidak begitu menyedari bahawa ia boleh ditukar menjadi wang. Contohnya jika anda memiliki computer. Tahukah anda bahawa computer boleh menjadi alat membuat duit atau menjadi lombong emas jika digunakan dengan betul dengan perisian-perisian tertentu.



Anda boleh membuat KAD JEMPUTAN DLL, MENULIS SURAT, BORANG MEMBUAT KATALOG JUALAN, MEMBUAT SURAT BERITA, PENGIKLANAN,



MEMBUAT GRAFIK KOMPUTER, MEMBUAT HALAMAN WEB, MENGAJAR KOMPUTER, MENGAJAR MENGGUNAKAN PERISIAN, MENYUNTING GAMBAR, MELUKIS PELAN RUMAH, MENYEWAKAN HALAMAN WEB, EMEL, MENJADI BROKER MAKLUMAT (ALAMAT JABATAN KERAJAAN DLL).



Dan bermacam-macam perkara lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan computer dan anda boleh menerima pulangan yang begitu lumayan sekali setiap bulan. Jangan jadikan computer anda sebagai hiasan dan ditinggalkan berdebu atau sekadar untuk bermain games sahaja. Ini baru mengenai computer sahaja. Jika anda mempunyai kamera dan tahu banyak perkara mengenai fotografi, anda boleh mengajar atau mengadakan kursus fotografi.



Mengadakan kelab fotografi dikawasan anda, menulis surat berita mengenai fotografi, mengadakan kursus fotografi secara pos dari rumah, mengambil gambar pengantin, gambar bayi, pelajar-pelajar sekolah, emmbuka studio dan sebagainya. Jika anda mempunyai rumah sendiri, anda boleh menyewakan bilik kepada orang lain untuk menambahkan pendapatan. Anda boleh mengadakan keals tuisyen, menjalankan kursus atau belajar kemahiran untuk sebarang perkara seperti jahitan, masakan, Andaman, muzik, tarian dan lain-lain. Jika anda mempunyai mesin faks, boleh digunakan sebagai alat dan tawarkan kepada orang lain untuk menggunakan faks anda dengan mengenakan sedikit bayaran diantara RM1 sehingga Rm10 bergantung kepada jarak dan kawasan yang dikirimkan.



Semuanya boleh diubah menjadi wang jika anda mempunuai daya kreativiti dan inovasi.Untuk mendapatkannya anda perlu banyak membaca dan mengkaji disekitar kawasan tempat tinggal anda. Untuk berjaya anda perlu menjadi LAIN DARIPADA YANG LAIN. Bermakna anda tidak hanya mengikuti apa yang orang lain lakukan sahaja tanpa memperbaharui atau berinovasi. Sebenarnya memang banyak sekali cara untuk mencari wang dirumah jika anda mahu memikirkannya dan melaksanakannya.



Disini kami sekali lagi mahu memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi hingga lebih RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL MAKLUMAT 4 MUKA SURAT. Pertama sekali yang anda mesti lakukan ialah mencari bahan untuk ditulis dan diolah supaya boleh menjadi sebuah bahan cetak seperti laporan yang sedang anda baca ini. Setelah anda dapat mengenal pasti bahan yang anda inginkan, mulakanlah membuat kajian dan menulisnya secara rambang sedikit demi sedikit.



Kemudian anda boleh simpan dahulu dan sambung kemudian untuk menulisnya. Idea biasanya tidak dating dalam keadaan kita sedang penat dan tidak tenang. Ada kalanya setelah kita keluar berjalan-jalan dan berbual-bual dengan orang lain kita akan mendapat idea berkaitan perkara yang mahu ditulis.



Caranya ialah hendaklah cepat-cepat dicatatkan apa yang terlintas didalam fikiran anda. Contohnya jika anda berjalan-jalan dibandar dan terlihat orang membaiki kasut, menjual tisu, rokok, ejen jualan langsung, penjual kuih, cendol, pengutip sisa buangan untuk dikitar seperti tin minuman, kotak, plastic dan lain-lain.



Dengan idea tersebut anda boleh menulis mengenai cara mencari wang yang senang dan tidak perlu modal yang banyak. Jika anda pernah bergaul dengan orang yang menjalankan perniagaan MLM atau jualan langsung, anda boleh menulis mengenai cara untuk menjadi jutawan melalui jualan langsung.



Jika ada tanah terbiar, anda boleh menulis mengenai cara mencari wang melaluinya. Contohnya dengan menyewakan tanah, menjadikan kawasan reaksi, memancing, model untuk mengambil gambar. Pendek kata anda boleh menulis mengenai apa sahaja perkara dan topic dan fikirkan tentang bagaimana sesuatu itu boleh menghasilkan wang. Ini akan dapat menarik minat ramai orang.



Contohnya dengan menulis panduan membuat bunga straw, panduan belajar piano, gitar, computer, kamera, seni kraf, menanam bunga, memasak, mengambil gambar video dan lain-lain lagi. Setelah anda siap menulis panduan-panduan seperti ini, ia hendaklah dijual dengan cara mengiklankannya diakhbar dan majalah dengan meluas jika anda mempunyai modal yang cukup.



Atau anda boleh iklankan didalam satu atau dua penerbitan dahulu jika tidak cukup wang. Jika satu panduan anda jual dengan harga RM20 dans etiap hari anda menerima hanya 10 pesanan, maka RM200 sudah menjadi miliki anda setiap hari. Jika anda menjual beberapa panduan maka gandakan sahaja pendapatan yang boleh anda perolehi dengan hanya menjual panduan berupa maklumat yang tebalnya hanya 1 hingga 5 mukasurat. Contohnya seperti panduan ini sendiri. Dan bukan mustahil anda akan tersenyum untuk menyimpan wang dibank kelak.



Inilah cara yang kami maksudkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan dirumah hanya dengan menjual maklumat mudah berupa panduan-panduan dan laporan-laporan. Untuk menjadi penulis bukannya susah asalkan anda mahu mencuba dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan mutu tulisan anda.



Begitu jugalah yang berlaku kepada penulis. Saya tidak bersekolah tinggi dan hanya mempunyai sijil SRP. Saya tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mengenai dunia penulisan langsung kerana pekerjaan yang saya lakukan dulu semuanya kerja kasar seperti pemandu jentolak, burh kilang papan, peniaga nasi lemak dan peniaga makanan.



Saya juga tidak tahu langsung menggunakan komputer dan tidak faham bahasa inggeris. Tetapi semuanya BOLEH DILAKUKAN dengan berkat keazaman dan



tidak pernah putus asa. Saya belajar bahasa inggeris dengan membaca akhbar dan menggunakan kamus. Belajar menulis hanya dengan tulisan tangan, kertas dan pen, hasilnya hanyalah tulisan yang tidak tersusun, bercleatu dan sukar difahami.



Walaupun ada kritikan, komplen tetapi saya tidak putus asa dan terus baiki hail tulisan saya dan selama bertahun-tahun akhirnya saya semakin mahir menulis dan mendapat idea sendiri seperti sekarang ini. Kemudian saya membaca buku-buku mengenai computer yang kebanyakkanya dalam bahasa inggeris.



Saya gunakan kamus, bertanya kepada kawan-kawan dan akhirnya saya mampu membeli computer sendiri dan mahir menggunakannya. Sekarang saya sudah mempunyai dua buah computer lengkap dengan akses internet dan ia membudahkan saya mencari bahan secara percuma.



Apa yang saya ada ialah TEKAD UNTUK HIDUP SENANG DISAMPING BERUSAHA TANPA JEMU. Dan sekarang saya bekerja tidak lebih 10 jam seminggu dengan memiliki pendapatan antara RM200 hingga RM2,450 sehari. Ya.. ada kalanya banyak dan ada kalanya kurang tetapi pendapatan saya memang sungguh lumayan.



Jika saya bekerja dengan orang lain mungkin saya tidak akan hidup dalam keadaan selesa seperti sekarang. Semua orang memang boleh menggunakan cara ini walaupun tidak mempunyai asas langsung. Saya juga begitu, hanya KEMAHUAN DAN KETEKUNAN SERTA KESABARAN sahaja jalan untuk mencapai kejayaan. WANG dan modal adalah perkara kedua.



Pengetahuan boleh dicari tetapi KEMAHUAN, KETEKUNAN DAN KESABARAN perlu dibina sendiri untuk mencapi impian anda. Untuk hidup senang JUAL IDEA ANDA. Jangan jual diri atau harga diri anda sebagai mana anda bekerja sekarang ini. Diri anda boleh letih tetapi idea tidak boleh letih dan ia semakin bertambah. LAKUKAN SEKARANG!


Friday, 23 September 2011

RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV (Buat Duit Dari Rumah)


RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV (Buat Duit Dari Rumah)


Adakah anda seronok menonton televisyen ? Mahukah anda menggunakan televisyen anda sebagai alat mencari wang ? salah satu caranya ialah dengan menjadikan rancangan membeli-belah di rumah sebagai landasan anda untuk mencari wang. Dengan penelitian dan kajian yang baik mengenai pasaran tempatan (di kawasan tempat tinggal anda) untuk mencari pasaran bagi produk yang luas.


Akhirnya anda akan mendapati bahawa rancangan membeli-belah di rumah memang memberikan peluang yang hebat. Anda boleh membeli produk-produk tersebut dan menjualnya semula kepada pengguna tempatan atau kawan-kawan anda. Anda juga boleh menjadi orang tengah dan mendapat keuntungan melalui urusniaga itu.


Katakan sebuah produk untuk kegunaan rumah itu berharga RM50, anda mencari pasaran dan membuat pesanan secara pos bagi jumlah yang banyak kemudian anda menjualnya dengan harga RM80. Setiap satu anda akan mendapat untung sebanyak RM30. Ini adalah contoh termudah yang boleh dilakukan . Satu cara lagi untuk mencari wang hanya dengan rancangan infomericals yang keudara dan anda boleh memohon untuk menjadi hos atau penyampai atau juruhebah untuk rancangan pengiklanan.


Anda mungkin boleh menghubungi salah sebuah stesen televisyen tersebut. Rancangan televisyen dan penyiaran adalah merupakan satu industri yang sangat kompetitif pada masa sekarang. Disebabkan wang pengguna dan pengiklan adalah merupakan satu perkara penting yang perlu difikirkan di dalam penyusunan program jualan barang melalui rancangan televisyen , ia harus dilakukan dengan berhati-hati.


Persaingan yang ada di dalam industri ini juga telah memberikan peluang yang sangat besar kepada dunia perniagaan. Jika anda boleh melakukan sesuatu kebaikan, contohnya dengan menjadikan jumlah penonton rancangan TV untuk produk tersebut meningkat sudah tentu anda boleh menjadi terkenal. Anda akan dicari serta ditawarkan peluang yang baik, atau anda boleh menjadi orang tengah (broker). Anda boleh menerima tawaran dengan mengikat kontrak dan sebagainya.


Anda juga boleh menjadi broker yang berperanan untuk mencari pasaran mengetahui pasaran pelanggan anda. Broker juga berperanan menghubungkan pihak pengiklan dengan pihak pengusaha stesyen televisyen. Peranan broker sebagai orang tengah adalah penting lebih-lebih lagi apabila beliau telah biasa


berurusan dan ini boleh memberikan komisen yang baik kepada pihak broker yang dibayar oleh pihak pengusaha stesyen dan juga pihak pengiklan.


Stesyen penyiaran merupakan satu industri yang sangat kompetitif dan kadar bayaran untuk iklan juga sangat besar dan berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Seringkali terjadi di mana sebuah stesyen penyiaran tidak mempunyai pegawai pemasaran yang mana boleh menjadi sumber pendapatan yang memang menguntungkan.


Sebagai seorang broker adalah menjadi tugas anda untuk mencari pasaran baru dan membantu stesyen penyiaran anda. Apabila berurusan dengan pelanggan anda (pengiklan), anda perlu menerangkan dan memberitahu bagaimana anda boleh menjimatkan kos mereka sama ada dalam bentuk wang atau pun masa dengan menggunakan kaedah khusus yang anda ketahui.


Ini kerana bajet pelanggan anda sudah tentu terhad, mereka hanya akan membelanjakan wang kepada perkara yang lebih efektif sahaja. Mereka hanya akan lebih berminat dan tertarik kepada perkara yang boleh menambahkan wang mereka sahaja. Peranan sebagai seorang broker adalah untuk membantu mereka membuat keputusan penting ini

Friday, 5 August 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI




Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.



Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.



Anda boleh menafaatkan computer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.



Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.



Komputer anda mungkin akan menjadi “lombong emas” kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.



Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah.



Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.



Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.



Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!



1. DESKTIOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)



Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “bagaimana untuk melakukan sesuatu”, jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.



Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.



2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)



Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.



Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah



membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.



Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.



Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.



Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.



3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH



Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.



Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.



4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK”



Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk.



Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.



Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.



Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!


Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)