Showing posts with label MEMPEROLEHI. Show all posts
Showing posts with label MEMPEROLEHI. Show all posts

Tuesday, 4 October 2011

MEMPEROLEHI RM10,736 DENGAN MENGUTIP BARANG TERPAKAI / LAMA DI RUMAH ANDA




Jika anda menjadi seperti kebanyakan daripada kami, anda mungkin boleh mengeledah dan mencari sesuatu barang yang sudah lama tersimpan di rumah anda. Sama ada ianya kepunyaan atau pemberian ibu anda, nenek anda, mak long anda atau sesiapa sahaja.



Mungkin barangan tersebut sudah lama tersimpan dan berlapuk atau berdebu di dalam almari, fail dan tempat simpanan barang. Mungkin ibu anda sudah lupa dan anda terjumpa ‘ harta ’ tersebut . Apakah maknanya ?



Anda mungkin tertawa dan hampir tidak percaya apabila diberitahu sekarang. Apa yang dimaksudkan adalah perkara biasa, ianya adalah SEJENIS RESEPI LAMA. Mungkin resepi kuih-muih, resepi masakan lauk-pauk, makanan tradisional dan sebagainya. Mungkin selama ini anda berpandangan bahawa benda-benda seperti tidak ada nilainya atau tiada siapa yang menginginkannya.



Anda mungkin tersilap besar kerana masih ramai orang yang mahu mengetahuinya. Malah anda boleh pula memperolehi ganjarannya yang lumayan apabila memberitahu kepada orang lain. Anda boleh memperolehi wang yang sangat banyak dengan menjualnya.



Mungkin resepi yang anda miliki itu sudah berusia bertahun-tahun, mungkin berpuluh tahun. Adakah anda tahu bahawa dengan mengiklankannya di tempat yang betul akan menjadikannya seperti goreng pisang panas dimana ramai orang yang akan membelinya. Dengan hanya membuat iklan kecil di dalam majalah atau akhbar mingguan ianya boleh mendatangkan hasil yang lumayan.



Majalah untuk wanita dan akhbar mingguan yang luas pengedarannya yang mungkin berpuluh ribu seminggu atau sebulan boleh menghasilkan pulangan lumayan kepada anda jika membuat iklan di dalamnya.



Walaupun hanya satu atau dua peratus sahaja jumlah pembaca yang membelinya daripada ribuan atau jutaan pembaca ianya sudah boleh menghasilkan pendapatan yang sangat besar kepada anda.



Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda boleh ditemui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan sahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang, tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif



maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan , bahkan sebahagiannya boleh dilakukan denagn jayanya hanya dari rumah anda sahaja.



Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu (7-8 tahun) saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah kerugian besar dalam saham dan perniagaan. Ketika itu umur saya baru 27 tahun dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Saya banyak terdedah di dalam dunia perniagaan kecil-kecilan dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah saya sanggup bekerja dalam tempoh yang panjang untuk mengumpul wang. Malangnya saya telah tertipu dalam pasaran saham dan semua simpanan dari penat lelah habis begitu sahaja.



Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja saya telah memikirkan cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luarbiasa tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Saya telah mendapat satu idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ‘ THE LAZY WAY TO A MILLIONS ’.



Tajuknya amat memikat hati saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal yakni lebih daripada seratus ringgit, bahkan halangan yang paling besar ialah saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi saya mahu mencuba dan setelah selesai membaca buku tersebut saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi saya iaitu fotografi. Saya pun mula mencari bahan untuk menulis tip-tip atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja. Saya telah menjuanya secara pos.



Percubaan itu mendapat sambutan yang agak baik juga. Dari situ saya telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman saya selama beberapa tahun, sekarang saya sudah mahir untuk menulis mengenai berbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah saya boleh menulis beberapa buah panduan mudah setebal 2 hingga 10 muka surat dalam masa beberapa jam sahaja. Panduan ini saya tulis dengan hanya mengambil masa kurang dari dua jam.



Jika saya menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduania sudah memadai. Bahkan bukan mustahil untuk mejual sehingga beberapa ratus naskah dlam sebulan. Dari dulu lagi saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana saya telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.



Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. untuk menulis bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis



di atas meja makan di rumah saya menggunakan sebuah komputer buku (note book computer). Dulu semasa saya tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.



Setelah saya mampu untuk membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer melalui buku-buku kerja, menulis telah menjadi semakin mudah dan saya boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja.



Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak.



BERTINDAKLAH SEKARANG !!



(No30)



Syarikat Khas yang akan membayar sebanyak RM100,000 SEBULAN tanpa perlu melakukan apa-apa ! Sangat mudah sesiapa pun boleh melakukannya !



Baru-baru ini kami telah membuat kajian dan penyiasatan mengenai satu kaedah kewangan yang begitu mudah untuk dilakukan , yang mana kami tidak pernah memikirkannya dahulu. Pada dasarnya anda akan menerima bayaran walaupun anda tidak melakukan apa-apa pekerjaan ! Syarikat yang dimaksudkan ialah pengendalian sistem talipon berbayar 900# atau 600# .



Kami pasti anda sudah biasa dengan iklan komersal rancangan televisyen yang menawarkan program ‘ talian sahabat ’ artis , bolasepak , telekuiz , dan lain-lain rancangan berbayar .



Beberapa tahun dahulu hanya ada beberapa buah syarikat pengendali rancangan berbayar seperti ini, tetapi sekarang ianya sudah banyak ditawarkan . Kami telah meluangkan masa dan banyak bercakap dengan orang-orang yang terlibat dalam industri talian 900# dan 600# , dan apa yang kami temui adalah sangat mengejutkan sekali .



Ramai orang yang memperolehi pendapatan lebih dari RM100,000 hanya dengan memperkenalkan talian ini . Kami telah memperolehi RM28,000 pada bulan pertama beroperasi . Anda boleh menghubungi syarikat pengendali talian 900# atau 600# ini dan menyatakan bahawa anda mahu membangunkan atau memulakan talian berbayar anda sendiri .



Anda akan mendapati kakitangan mereka sangat baik dan bersedia menolong anda . Mungkin sebahagian daripada mereka adalah sebagai broker yang menjadi orang tengah yang boleh membantu anda mempromosikan talian khas yang anda minta pada masa yang sesuai .



Anda akan menjadi ‘ pembekal maklumat ’ atau information provider (IP) . Orang ramai akan menalipon nombor yang anda iklankan untuk mengetahui tentang lagu-lagu , horoskop , sahabat , cerita seram , pelajaran dan maklumat-maklumat penting terkini .



Anda boleh menawarkan apa-apa sahaja tajuk yang difikirkan sesuai dan boleh menarik perhatian orang ramai untuk menalipon talian yang anda promosikan .



Sesetengah daripada syarikat pengendali ini sudah mempunyai program-program khas yang disediakan dan anda hanya perlu memilih sahaja dan memberitahu mereka bila anda mahu memulakannya .



Pada kebiasaannya anda hanya perlu memperuntukkan masa sebanyak 1 jam sebulan untuk membuat beberapa buah iklan di dalam beberapa buah syarikat penerbitan yang mengiklankan talian 600# milik anda .



Secara automatik orang ramai akan menalipon nombor talian anda untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang dikehendaki dengan cepat tanpa melalui cara pos yang agak lambat.



Anda kana mendapat bayaran walaupun daripada mereka yang tidak mempunyai kada kredit. Inilah salah satu cara mudah dimana anda boleh mendapatkan wang yang banyak hanya dengan memberikan nombor talipon istimewa anda kepada mereka . Itulah kelebihan dan kehebatan program ini ! .



Percayalah , kami telah melihat sendiri laporan-laporan di dalam komputer mengenai orang-orang yang telah memperolehi pendapatan lumayan daripada nombor talian khas yang istimewa ini . Ianya sungguh hebat !!.


Sunday, 2 October 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM1000 SEMINGGU DENGAN KAMERA ANDA!




Ramai penduduk Malaysia kini mahu mencapai kebebasan kewangan, oleh itu idea untuk membuat bisnes sendiri telah menjadi begitu popular. Salah satu peluang lumayan ialah menjadi jurugambar bebas. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda boleh mendapat antara RM500 ~ RM1000 seminggu.



Sebagai permulaan apa yang anda perlukan ialah kamera yang sederhana harganya. Pastikan mutu kamera diambil kira kerana sesetengah kamera yang murah menghasilkan gambar yang tidak jelas. Anda juga memerlukan lampu spotlight dan stand, dan sebuah bilik hitam-dan-putih sebagai studio anda. Tidak perlu membeli peralatan yang canggih, sebagai jurugambar bebas yang penting ialah kualiti gambar yang anda ambil dan bukannya perabot kayu yang berkilat – ianya tidak memberi apa-apa makna langsung kepada pelanggan anda.



Berapa banyak wang yang anda buat adalah bergantung kepada usaha yang anda mahu berikan dalam bisnes ini. Kelebihan sebagai jurugambar bebas ini ialah anda boleh mencari pasaran anda sendiri dan menetapkan harga anda sendiri. Jika anda hanya mahu bekerja pada hujung minggu, anda boleh memperolehi antara RM1000 sehingga RM2000 dengan mengambil gambar-gambar perkahwinan secara pakej. Jika anda mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa, anda boleh memperolehi RM50,000 atau lebih bergantung kepada kepakaran anda. Ianya bergantung kepada satu perkara, kebolehan anda menggunakan kamera untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Orang sanggup membayar harga yang tinggi jika hasil kerja anda cukup memuaskan.



Dalam panduan ini kami menganggap anda sudah mengetahui bagaimana menggunakan kamera, mengambil gambar, pancaran lampu, komposisi dan teknik bilik gelap. Kemudian anda perlu tahu bagaimana membuat wang dengannya.



Peraturan pertama yang perlu diingati ialah anda mestilah jujur dengan kerja yang dilakukan. Jika anda ditawarkan kerja tetapi anda tidak begitu mahir, katakan sahaja tidak dan terangkan apakah kepakaran yang anda miliki. Apabila anda mendapat tawaran yang akan datang, reputasi anda akan diambil kira dan sudah pasti beliau akan kembali semula 1) kerana beliau percaya dengan kejujuran anda 2) kerana jika anda berkata boleh bermakna anda boleh buat.



IKLANKAN KERJA ANDA PADA PORTFOLIO



Buat portfolio iaitu iklan kerja anda pada satu kertas yang berwarna dan hitam putih bersaiz 8x10 untuk ditunjukkan pada bakal pelanggan anda. Portfolio yang bagus mestilah diisikan dengan gambar/slides bersaiz 35mm. Tayangkan pada



kad bersaiz 8.5x11 yang disalut dengan plastik yang boleh diisikan sebanyak 20 slides.



Apabila anda sudah berpuas hati dengan portfolio anda, telefon agensi pengiklanan dan tunjukkan kepada pengarah artis mutu kerja yang anda boleh lakukan. Buat temujanji dengan kedai-kedai butik dan kedai-kedai fesyen di pusat membeli belah. Jangan lupa untuk berjumpa dengan industri dan kilang-kilang yang mungkin akan menggunakan khidmat anda.



Bersedia untuk menunjukkan portfolio anda pada setiap masa. Setiap orang adalah bakal pelanggan dan anda tidak tahu bilakan masanya anda akan berjumpa mereka. Bawa portfolio anda dalam kereta pada setiap masa. Jika anda berbangga dengan kerja anda, tunjukkan!



TAHU BAGAIMANA HENDAK MELETAKKAN HARGA



Perkara utama yang perlu diingat ialah anda menjalankan bisnes bukanlah untuk memberikan dengan percuma. Anda mesti tahu apakah harga yang patut diletakkan yang bersesuaian dengan mutu kerja anda.



Anda mungkin telah menjimatkan sedikit kos apabila bergerak secara sampingan tanpa perlu membayar sewa studio dan membayar gaji pekerja, tetapi anda mestilah tahu harga yang sepatutnya supaya anda boleh membayar kos dan usaha anda mendapat pulangan sewajarnya.



Dua cara untuk mendapatkan upah 1) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap kerja – iaitu mengikut jumlah filem yang digunakan 2) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap jam yang setimpal dengan kerja dan bakat anda. Harga ini tidak termasuk kos filem, mencuci dan sebagainya.



BUAT RM50,000 SETAHUN BEKERJA SATU HARI SEMINGGU



Samada ekonomi baik atau tidak- pasti akan ada orang yang berkahwin dan kerja untuk jurugambar bebas.



Iklan dari mulut ke mulut adalah alat pemasaran yang terbaik walau apa pun produk yang anda jual. Ianya akan menjadi semakin cepat jika anda mengambil gambar pengantin dan meletakan harga RM1000 bagi setiap gambar untuk kedua-dua keluarga, gambar dinding dan album istimewa untuk pengantin. Kemudian apabila mereka menjemput kawan-kawan untuk melihat, disinilah saham anda akan mula meningkat.



Anda juga boleh menunjukkan hasil kerja anda kepada kedai bunga dan kedai-kedai pengantin, butik dan katering yang terlibat secara langsung dengan perkahwinan.



Hanya beritahu kepada mereka bahawa anda berbesar hati untuk memperkenalkan bisnes mereka kepada orang ramai dan minta mereka membuat perkara yang sama.



MELETAKKAN HARGA



Pastikan bahawa pengantin faham bagaimana anda meletakkan harga dan apa yang mereka akan dapat sebagai pulangan. Beberapa cara yang boleh anda lakukan:



1. Tawarkan pakej penuh daripada majlis berinai, berzanji, berarak , bersanding dan makan damai.



2. Majlis bersanding dan makan damai sahaja



3. Majlis bersanding sahaja



Untuk perhatian anda, majlis perkahwinan adalah lubuk duit bagi jurugambar bebas. Biasanya jurugambar meletakkan harga RM500 paling murah untuk mengambil gambar sebanyak 5 gulung filem. Jika anda mendapat dua tempahan pada caj yang minima setiap minggu , anda boleh memperoleh RM52,000 setahun. Bagi pakej penuh , anda boleh mendapat sehingga RM100,000 setahun! Ianya hanya bekerja sehari seminggu! Cuba bayangkan berapakah yang anda perolehi jika anda bekerja secara sepenuh masa!



KERJA-KERJA LAIN YANG BOLEH DIAMBIL



Antara beberapa kerja yang boleh difikirkan oleh setiap jurugambar bebas:



1. Mengambil gamabr budak-budak sekolah, tadika dan sebagainya.



2. Pelajar universiti/kolej yang mengambil ijazah atau diploma.



3. Agen-agen hartanah



4. Agensi-agensi pengiklanan



5. Potret keluarga



6. Potret binatang peliharan



7. Acara-acara sukan



8. Gambar potret kanak-kanak


Thursday, 29 September 2011

RAHSIA MEMPEROLEHI RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL INFOMASI 4 MUKA SURAT




Anda ingin mengetahui RAHSIA MEMBUAT DUIT HANAY DARI RUMAH? Ya sudah tentu memang ada caranya yang SAH dan munasabah serta mudah. Tidak ramai orang mengetahui RAHSIA MENAKJUBKAN ini. Tetapi ianya tidak pelik dan luarbiasa setelah anda mengetahuinya.



Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan cara yang lebih mudah dan cepat, hanya dengan menjual maklumat atau pun infomasi yang mana ramai orang akan mahu membayar wang kepada anda untuk mendapatkan maklumat tersebut. Orang ramai akan berebut-rebut mendapatkan infomasi yang akan membantu mengubah kehidupan mereka.



Malah kaedah ini bukan sahaja hanya boleh dipraktikan sewaktu ekonomi sesebuah Negara itu baik tetapi ianya juga boleh dijalankan sewaktu keadaan ekonomi merundum seperti yang berlaku sekarang ini. Malah masa sekarang inilah merupakan yang paling baik sekali untuk memulakannya.



Kebanyakkan orang hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan didalam hidup mereka iaitu dengan bekerja makan gaji. Mereka hanya mengukur kelayakan mereka melalui kelulusan akademik yang dimiliki. Pada masa ini sebenarnya sudah banyak sekali peluang untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dari rumah mereka tidak kira sama ada mereka tinggal dibandar atau pun didesa.



Sekalipun anda hanya menjalankan perniagaan anda dari rumah anda, potensi untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan adalah cerah. Dengan penciptaan alat-alat komuniasi yang ada sekarang seperti telefon, telefon bimbit, alat kelui, mesin faks, mesin menjawab telefon otomatik, computer, email, internet, mesin fotokopi dan lain-lain telah memudahkan lagi sesuatu tugasan dan pekerjaan.



Banyak pekerjaan dan urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah anda dan keluarga anda serta boleh dilakukan secara sambilan selepas waktu kerja atau dihujung minggu. Dan jika dilaksanakan dengan betul dan teratur anda boleh memperolehi pendapatan harian, mingguan, bulanan yang amat lumayan.



Pendapatan anda boleh melebih gaji anda. Kami akan menunjukkan caranya dan ia boleh dipelajari dengan mudah. Ianya adalah satu perniagaan INFOMASI atau MAKLUMAT. Anda mungkin mempunyai berbagai maklumat berkaitan sesuatu isu dan perkara.



Jika ianya diolah menjadi bentuk tertentu sudah tentu ia boleh memberikan pendapatan kepada anda dengan syarat anda mahu menjual dan memasarkannya. Dari segi pendapatan, hanya langit sahajalah yang menjadi batasannya. Walau bagaimanapun kami akan memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi RM200 sehari dengan maklumat 4 muka surat yang bertaip.



INFOMASI adalah satu abhan yang semula jadi wujud didalam kehidupan manusia. Tanpa infomasi dan maklumat manusia tidak akan kemana-mana. Zaman ini adalah zaman dimana ledakan maklumat berlaku diseluruh dunia dan hubungan komunikasi global semakin mengecil akibat kecanggihan teknologi computer pada masa ini.



Dan diabad yang akan datang pula manusia akan semakin uas menggunakan teknologi untuk berkomunikasi sesama mereka. Jika anda sesiapa diantara anda mengatakan yang anda tidak mengetahui apa itu infomasi, sesunggunya mereka sudah tidak mampu lagi bersaing untuk maju kehadapan dengan lebih berjaya.



Infomasi adalah maklumat, samada ianya untuk perniagaan, kerjaya, pelajaran, ilmu pengetahuan, gossip, khabar angin atau rumors. Semakin maju sesuatu infomasi positif yang digunakan oleh sesuatu bangsa itu maka semakin majulah taraf kehidupan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan, kewangan, nilai moral dan sebagainya.



Infomasi adalah senjata berguna dan ia boleh juga jadi merbahaya jika disalah gunakan. Sekarang kami akan mengatakan INFOMASI MEMBUAT WANG yangboleh membantu anda meningkatkan taraf kewangan anda dan mampu mengubah taraf kehidupan anda supaya menjadi lebih baik lagi dimasa akan dating.



Setiap hari kita akan berdepan dengan INFOMASI / MAKLUMAT baru didalam kehidupan dan setiap hari pula kita akan menjadi semakin bijak, dewasa melalui penerimaan dan penyampaian maklumat tersebut. Sekarang anda akan diajar bagaimana MENUKAR INFOMASI BIASA MENJADI WANG YANG LUMAYAN.



Hanya dengan menggunakan beberapa cara dan teknik anda boleh menghasilkan wang yang amat lumayan melalui maklumat-maklumat tersebut yang berada disekeliling anda. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui pembacaan anda contohnya melalui laporan-laporan seperti ini dimana anda ingin mengetahui cara-cara memperolehi wang hanya dari rumah.



Anda boleh membaca akhbar-akhbar, majalah perniagaan dan kewangan. Menghadiri kursus dan seminar keusahawanan. Bagi orang yang kreatif dan bijaksana mereka dapat menjadikan sesuatu perkara dan isu itu untuk mendapatkan wang. Untuk mencari wang bermakna anda mestilah tahu mencari peluang dimana dan apa yang diperlukan oleh orang ramai.



Contohnya jika mereka mahu mencuci pakaian dengan bersih, anda perlu menawarkan SABUN PENCUCI BERKUASA. Untuk mencari wang dengan cara mudah memang ada caranya, tetapi jika anda hanya melihat dari segi MAKAN GAJI ia amatlah mustahil. Anda tidak boleh melakukan lebih daripada apa yang diperuntukkan kepada anda sesuai dengan gaji yang dibayar.



Tetapi jika anda melihat dari segi PERNIAGAAN ia memang terbuka dengan luas. Anda hanya perlu mencari maklumat yang diperlukan oleh mereka dan jual kepada mereka dengan harga yang berpatutan sesuai dengan berapa pentingnya INFOMASI tersebut. Mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi asalkan maklumat tersebut boleh membantu mereka.



Contohnya jika anda menemui seorang yang mempunyai penyakit kencing manis dan anda mempunyai ubat dan penawar untuk penyakit tersebut yang membolehkan dirinya sembuh seperti sediakala selepas mengambil penawar yang anda berikan. Sudah tentu orang tersebut akan sanggup membayar berapa sahaja harga penawar tersebut asalkan dirinya terselamat daroipada penderitaan akibat penyakit kencing manis.



Itulah kesimpulan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada sesuatu masalah dan kejadian. Semua perniagaan adalah sebagai memenuhi keperluan sahaja. Keperluan manusia tidak terbatas. Jika anda menawarkan sebuah televisen kepada orang buta ia bukanlah satu perkara yang tidak begitu tepat.



Tetapi jika anda memberikan atau menjual sejenis alat bantuan sensor yang boleh menolong memudahkan pergerakan mereka sudah tentu ia sangat bermanafaat dan anda boleh menjual dengan kuantiti yang banyak dimasa hadapan. Jika anda mahu memperolehi banyak wang dengan menjual maklumat , anda haruslah memilih maklumat yang sesuai atau pun mengolah sesuatu maklumat supaya ia dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan.



Sekarang kami hanya akan menerangkan mengenai maklumat yang sangat-sangat diperlukan oleh hampir kepada semua orang. Maklumat tersebut ialah cara untuk MENAMBAH WANG MENJADI KAYA, HIDUP SENANG dan yang seumpamanya.



Bagaimana untuk mendapatkan maklumat ini? MUDAH SAHAJA… banyak perkara telah berada disekeliling kira sehak sekian lama tetapi kita tidak begitu menyedari bahawa ia boleh ditukar menjadi wang. Contohnya jika anda memiliki computer. Tahukah anda bahawa computer boleh menjadi alat membuat duit atau menjadi lombong emas jika digunakan dengan betul dengan perisian-perisian tertentu.



Anda boleh membuat KAD JEMPUTAN DLL, MENULIS SURAT, BORANG MEMBUAT KATALOG JUALAN, MEMBUAT SURAT BERITA, PENGIKLANAN,



MEMBUAT GRAFIK KOMPUTER, MEMBUAT HALAMAN WEB, MENGAJAR KOMPUTER, MENGAJAR MENGGUNAKAN PERISIAN, MENYUNTING GAMBAR, MELUKIS PELAN RUMAH, MENYEWAKAN HALAMAN WEB, EMEL, MENJADI BROKER MAKLUMAT (ALAMAT JABATAN KERAJAAN DLL).



Dan bermacam-macam perkara lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan computer dan anda boleh menerima pulangan yang begitu lumayan sekali setiap bulan. Jangan jadikan computer anda sebagai hiasan dan ditinggalkan berdebu atau sekadar untuk bermain games sahaja. Ini baru mengenai computer sahaja. Jika anda mempunyai kamera dan tahu banyak perkara mengenai fotografi, anda boleh mengajar atau mengadakan kursus fotografi.



Mengadakan kelab fotografi dikawasan anda, menulis surat berita mengenai fotografi, mengadakan kursus fotografi secara pos dari rumah, mengambil gambar pengantin, gambar bayi, pelajar-pelajar sekolah, emmbuka studio dan sebagainya. Jika anda mempunyai rumah sendiri, anda boleh menyewakan bilik kepada orang lain untuk menambahkan pendapatan. Anda boleh mengadakan keals tuisyen, menjalankan kursus atau belajar kemahiran untuk sebarang perkara seperti jahitan, masakan, Andaman, muzik, tarian dan lain-lain. Jika anda mempunyai mesin faks, boleh digunakan sebagai alat dan tawarkan kepada orang lain untuk menggunakan faks anda dengan mengenakan sedikit bayaran diantara RM1 sehingga Rm10 bergantung kepada jarak dan kawasan yang dikirimkan.



Semuanya boleh diubah menjadi wang jika anda mempunuai daya kreativiti dan inovasi.Untuk mendapatkannya anda perlu banyak membaca dan mengkaji disekitar kawasan tempat tinggal anda. Untuk berjaya anda perlu menjadi LAIN DARIPADA YANG LAIN. Bermakna anda tidak hanya mengikuti apa yang orang lain lakukan sahaja tanpa memperbaharui atau berinovasi. Sebenarnya memang banyak sekali cara untuk mencari wang dirumah jika anda mahu memikirkannya dan melaksanakannya.



Disini kami sekali lagi mahu memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi hingga lebih RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL MAKLUMAT 4 MUKA SURAT. Pertama sekali yang anda mesti lakukan ialah mencari bahan untuk ditulis dan diolah supaya boleh menjadi sebuah bahan cetak seperti laporan yang sedang anda baca ini. Setelah anda dapat mengenal pasti bahan yang anda inginkan, mulakanlah membuat kajian dan menulisnya secara rambang sedikit demi sedikit.



Kemudian anda boleh simpan dahulu dan sambung kemudian untuk menulisnya. Idea biasanya tidak dating dalam keadaan kita sedang penat dan tidak tenang. Ada kalanya setelah kita keluar berjalan-jalan dan berbual-bual dengan orang lain kita akan mendapat idea berkaitan perkara yang mahu ditulis.



Caranya ialah hendaklah cepat-cepat dicatatkan apa yang terlintas didalam fikiran anda. Contohnya jika anda berjalan-jalan dibandar dan terlihat orang membaiki kasut, menjual tisu, rokok, ejen jualan langsung, penjual kuih, cendol, pengutip sisa buangan untuk dikitar seperti tin minuman, kotak, plastic dan lain-lain.



Dengan idea tersebut anda boleh menulis mengenai cara mencari wang yang senang dan tidak perlu modal yang banyak. Jika anda pernah bergaul dengan orang yang menjalankan perniagaan MLM atau jualan langsung, anda boleh menulis mengenai cara untuk menjadi jutawan melalui jualan langsung.



Jika ada tanah terbiar, anda boleh menulis mengenai cara mencari wang melaluinya. Contohnya dengan menyewakan tanah, menjadikan kawasan reaksi, memancing, model untuk mengambil gambar. Pendek kata anda boleh menulis mengenai apa sahaja perkara dan topic dan fikirkan tentang bagaimana sesuatu itu boleh menghasilkan wang. Ini akan dapat menarik minat ramai orang.



Contohnya dengan menulis panduan membuat bunga straw, panduan belajar piano, gitar, computer, kamera, seni kraf, menanam bunga, memasak, mengambil gambar video dan lain-lain lagi. Setelah anda siap menulis panduan-panduan seperti ini, ia hendaklah dijual dengan cara mengiklankannya diakhbar dan majalah dengan meluas jika anda mempunyai modal yang cukup.



Atau anda boleh iklankan didalam satu atau dua penerbitan dahulu jika tidak cukup wang. Jika satu panduan anda jual dengan harga RM20 dans etiap hari anda menerima hanya 10 pesanan, maka RM200 sudah menjadi miliki anda setiap hari. Jika anda menjual beberapa panduan maka gandakan sahaja pendapatan yang boleh anda perolehi dengan hanya menjual panduan berupa maklumat yang tebalnya hanya 1 hingga 5 mukasurat. Contohnya seperti panduan ini sendiri. Dan bukan mustahil anda akan tersenyum untuk menyimpan wang dibank kelak.



Inilah cara yang kami maksudkan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan dirumah hanya dengan menjual maklumat mudah berupa panduan-panduan dan laporan-laporan. Untuk menjadi penulis bukannya susah asalkan anda mahu mencuba dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan mutu tulisan anda.



Begitu jugalah yang berlaku kepada penulis. Saya tidak bersekolah tinggi dan hanya mempunyai sijil SRP. Saya tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mengenai dunia penulisan langsung kerana pekerjaan yang saya lakukan dulu semuanya kerja kasar seperti pemandu jentolak, burh kilang papan, peniaga nasi lemak dan peniaga makanan.



Saya juga tidak tahu langsung menggunakan komputer dan tidak faham bahasa inggeris. Tetapi semuanya BOLEH DILAKUKAN dengan berkat keazaman dan



tidak pernah putus asa. Saya belajar bahasa inggeris dengan membaca akhbar dan menggunakan kamus. Belajar menulis hanya dengan tulisan tangan, kertas dan pen, hasilnya hanyalah tulisan yang tidak tersusun, bercleatu dan sukar difahami.



Walaupun ada kritikan, komplen tetapi saya tidak putus asa dan terus baiki hail tulisan saya dan selama bertahun-tahun akhirnya saya semakin mahir menulis dan mendapat idea sendiri seperti sekarang ini. Kemudian saya membaca buku-buku mengenai computer yang kebanyakkanya dalam bahasa inggeris.



Saya gunakan kamus, bertanya kepada kawan-kawan dan akhirnya saya mampu membeli computer sendiri dan mahir menggunakannya. Sekarang saya sudah mempunyai dua buah computer lengkap dengan akses internet dan ia membudahkan saya mencari bahan secara percuma.



Apa yang saya ada ialah TEKAD UNTUK HIDUP SENANG DISAMPING BERUSAHA TANPA JEMU. Dan sekarang saya bekerja tidak lebih 10 jam seminggu dengan memiliki pendapatan antara RM200 hingga RM2,450 sehari. Ya.. ada kalanya banyak dan ada kalanya kurang tetapi pendapatan saya memang sungguh lumayan.



Jika saya bekerja dengan orang lain mungkin saya tidak akan hidup dalam keadaan selesa seperti sekarang. Semua orang memang boleh menggunakan cara ini walaupun tidak mempunyai asas langsung. Saya juga begitu, hanya KEMAHUAN DAN KETEKUNAN SERTA KESABARAN sahaja jalan untuk mencapai kejayaan. WANG dan modal adalah perkara kedua.



Pengetahuan boleh dicari tetapi KEMAHUAN, KETEKUNAN DAN KESABARAN perlu dibina sendiri untuk mencapi impian anda. Untuk hidup senang JUAL IDEA ANDA. Jangan jual diri atau harga diri anda sebagai mana anda bekerja sekarang ini. Diri anda boleh letih tetapi idea tidak boleh letih dan ia semakin bertambah. LAKUKAN SEKARANG!


Sunday, 25 September 2011

MEMPEROLEHI RM1,200 SEMINGGU MENGEDARKAN RISALAH KEPADA ORANG GEMUK




Risalah yang dimaksudkan ialah mengenai pelan asas untuk diet . Kita semua tahu bagaimana orang yang sering mencari kaedah menguruskan badan melalui diet yang betul.



Acapkali berlaku ialah apabila mereka telah mencuba selama seminggu dan jika tidak mendatangkan hasil, mereka akan berhenti melakukannya dan mencari kaedah lain.



Sebenarnya anda boleh mendapat keuntungan daripada situasi ini. Hanya dengan memberikan pelan untuk diet ini secara percuma dan mengenakan sedikit bayaran untuk pengiriman atau pengeposan sahaja anda boleh mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit sebulan .



Cara yang paling mudah ialah anda mengedarkan risalah yang mengandungi pelan atau rancangan diet yang telah anda kaji sendiri atau melalui buku-buku kesihatan. Ada seorang yang kami kenali telah memperolehi pendapatan sebanyak RM42,000 bagi setiap 1,000 risalah yang diedarkannya.



Cara yang terbaik untuk mendapatkan pembeli ialah dengan mendapatkannya melalui iklan . Anda sendiri boleh membuat iklan yang mudah dan murah melalui iklaneka/rampai iklan diakhbar harian atau mingguan. Ini adalah satu-satunya rahsia dan teknik pemasaran yang paling berkesan sekali.



Ini kerana beratus ribu naskah diedarkan setiap minggu dan bulan, dengan itu ianya dapat menjadi tumpuan kepada jutaan pembaca setiap hari, minggu, dan bulan sampai bila-bila pun. Walaupun anda memperolehi respon pembaca yang kecil ianya boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.



Untuk membuat iklan anda sendiri, cubalah belajar melalui iklan-iklan orang lain yang dipaparkan diakhbar setiap hari dan bulan. Cuba dapatkan naskah-naskah sebelumnya dan lihat bagaimana mereka membuat iklan secara konsisten dan berterusan. Tandakan iklan-iklan tersebut dan sudah tentu iklan-iklan seperti itu boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan kepada anda.



Buat dan reka iklan anda sendiri. Ianya haruslah nampak senang dan mudah. Ini kerana tujuan anda ialah supaya pembaca mahu membeli pelan diet mudah yang anda tawarkan itu tanpa perlu mengalami kesan diet yang keras dan menyusahkan.



Jangan sampai anda jadikan diri anda seperti seorang pakar pemakanan yang tahu serba serbi. Sains pemakanan adalah satu bidang yang sangat luas dan juga satu bidang yang cukup kompleks. Dengan menyuruh orang melakukan pelan diet yang keterlaluan dan radikal boleh menyebabkan mereka serius.



Ada orang yang boleh terbunuh jika mereka melakukannya dengan menggabungkan berbagai pelan dalam keinginan mereka yang sangat dalam untuk menguruskan badan. Oleh itu berhati-hatilah dan jangan jadikan diri anda seperti seorang pakar pemakanan yang sangat arif.



Kebanyakan orang biasanya hanya mahukan sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan, oleh itu berikanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadikan setiap saranan anda itu masuk akal. Letakkan didalam fikiran bahawa kebanyakan orang, kuantiti makanan yang mereka makan adalah satu isu yang sangat penting.



Semua orang yang mahu mengurangkan berat badan mestilah mengurangkan dan memotong sedikit makanan yang mereka makan setiap hari. Mereka mungkin mahu mengurangkan beberapa makanan yang diambil setiap hari. Kerajaan juga telah memberitahu dan menyebarkan berita seperti ini.



Dengan mengurangkan beberapa makanan yang diamalkan selalu sebelumnya ia akan dapat mengurangkan kadar kolesterol dan dalam tubuh hingga 30%. Dapatkan pelan pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang dijalankan.



Kemudian anda boleh mencipta menu anda sendiri berdasarkan cara pengambilan makanan yang dicadangkan itu. Dengan itu ia akan memberikan pelan diet yang sesuai, mudah dan selamat untuk digunakan dan diamalkan.



Dengan mencipta pelan diet yang mudah dan selamat ini kemudian anda menggabungkannya pula dengan membuat pendedahan dan pemasaran melalui iklan-iklan diakhbar setiap hari, minggu dan bulan sepanjang hayat anda.


Wednesday, 14 September 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM5,000 SEMINGGU HANYA BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN




Seminar dan workshop pada hari ini adalah merupakan satu cara utama bagi orang dewasa untuk belajar, yang mana ianya merupakan satu sistem pembelajaran yang mempunyai kaedah seperti mana pembelajaran akademik.Kaedah mudah dan pendek ini memberikan dan menghidangkan maklumat yang sangat berkesan dan efisien. Anda boleh menajalankan seminar mengenai sebarang subjek .



Dengan bayaran untuk menghadiri seminar tidak kurang daripada RM20 seorang, ianya menjanjikan peluang membuat duit yang sangat besar. Kebiasannya bayaran dikenakan adalah diantara RM50 hingga RM500 seorang.



Ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM3500 seorang, bergantung kepada jenis seminar yang dianjurkan. Dan dalam melaksanakan seminar ini anda boleh memperolehi pendapatan beberapa ribu ringgit sehari., dengan margin keuntungan melebihi dua puluh peratus atau lebih.



Apa yang anda perlukan ialah talipon, mesin taip, cabinet untuk file, dan sedikit borang dan juga alat-alat tulis. Jikalau anda boleh menarik minat ramai orang anda boleh menjual atau mengenakan bayaran sebanyak RM500 seorang untuk seminar yang akan anda jalankan. Mungkin ia lebih mudah daripada menjual seminar yang berharga RM50.



Bayaran untuk sesuatu seminar tidak terbatas tetapi dua pertiga diantaranya adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM500. Dengan pengurusan yang tepat, anda boleh meletakkan harga setinggi yang anda rasa boleh anda lakukan.



Dan jangan lupa kaji selidik yang perlu dilakukan suapaya penyertaan tidak berkurangan kerana peningkatan harga yang anda lakukan. Dan jangan meletakkan harga yang terlalu rendah kerana kos yang diperlukan mungkin tinggi, jika begitu anda akan menghadapi masalah besar pula nanti.



Pengiklanan utama anda adalah melalui pemasaran terus dan secara pos. Direct respons marketing adalah termasuk urusan pos ters, yang mana ia memberikan motivasi dengan cepat kepada pembaca. Contoh paling baik mengenai direct mail marketing ialah Uji Kata Reader’s Digest.



Tempat atau dewan untuk seminar yang akan anda jalankan mestilah mempunyai unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan selesa. Anda boleh memilih untuk menyewa dewan yang besar dan mewah tetapi tidka mempunyai peserta yang ramai ayau anda boleh menyewa dewan kecil tetapi selesa dan ia



akan dipenuhi peserta. Kawasan tersebut tidaklah perlu terlalu fancy/menarik tetapi biarlah ia mudah ditemui, selesa dan selamat.



Panjang seminar yang akan anda jalankan haruslah berdasarkan kandungan yang boleh anda sediakan. Jangan terlalu memanjangkan seminar anda sehingga membuatkan peserta terpaksa menunggu sehingga ke waktu malam.



Untuk mendapatkan seminar yang sesuai panjangnya, anda perlu mengira jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar untuk menyewa dewan , nota, makanan dan lain-lain. Kiralah jumlah bagi program setengah hari dan juga satu hari.



Anda mungkin akan menemui bahwa anda boleh menyampaikan mesej yang lebih berkesan dalam program selama setengah hari. Ia juga akan dapat memotong kos dan meningkatkan keuntungan anda.



Biasanya kos untuk sewa dewan atau bilik bergantung kepada jumlah jam yang digunakan termasuk penyediaan peralatan seperti skrin, TV, projector slide dan sebagainya. Salah satu risiko didalam perniagaan seminar ini ialah anda mesti menempah dewan atau bilik lebih awal sebelum anda tahu jumlah peserta yang akan menyertai seminar anda.



Pastikan jika anda menempah dewan, anda tahu tarikh untuk membatalkan tempahan atau mengesahkannya. Anda mahukan supaya peserta-peserta seminar anda meninggalkan boilik seminar dengan perasan puas dan memperolehi sesuatu yang amat berharga dan sekurang-kurangnya mereka juga rasa puas memperolehi perkara berharga dan juga rsa terhibur dengan penyampaian ceramah diselang seli jenaka.



Adakah anda akan mendapat kos yang setimpal dan berpatutan jika anda mengupah penceramah? Pada peringkat awal kerjaya anda ini anda mungkin mahu menyampaikan sendiri ceramah anda, bukan hanya ia boleh mengurangkan kos, tetapi anda akan dapat mengetahui apa yang boleh berkesan dan apa yang tidak begitu berkesan.



Penceramah yang bagus mempunyai penguasaan maklumat yang bagus dan memberi kesan yang sungguh baik kepada peserta. Cara persembahan yang sangat baik dan berkesan. Untuk contoh topic, anda boleh memberikan tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk membuka perniagaan sendiri, menjalankan seminar, membuat pinjaman dan juga apa sahaja topic-topik menarik yang boleh anda fikirkan.



Dan juga melalui kaji selidik yang anda jalankan, anda boleh memberitahu peserta mengenai pengalaman anda sendiri dan memberi mereka contoh terdekat didalam bidang tersebut.



Sasrkan juga sekiranya peserta mahukan program lanjutan atau anda mengalakkan mereka memberitahu orang lain mengenai seminar anda dengan



itu anda akan mendapat iklan secara percuma. Jika seminar yang diberikan itu berkesan sudah pasti ia akan menjadi sebutan.



Akhirnya sesuatu seminar itu seharusnya memberikan satu suasana yang indah dan menyeronokkan dan satu proses pembelajaran yang berkesan dengan itu ia akan dapat menarik minat lebih ramai peserta pada masa akan datang.



Anda boleh mendapat wang tambahan lagi diakhir sesi program dengan menjua disket computer, CD ROM, buku-buku, kaset-kaset, video dan juga barang yang berkaitan dengan seminar itu.



Jualan seperti itu boleh memberikan peningkatan penambahan sehingga lebih tiga puluh peratus lagi kepada anda. Kerjaya dibidang ini adalah sangat menguntungkan dan ramai yang berjaya membina kejayaan mereka dalam masa hanya beberapa tahun sahaja dan telah memperolehi pulangan sangat lumayan.


Friday, 5 August 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI




Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.



Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.



Anda boleh menafaatkan computer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.



Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.



Komputer anda mungkin akan menjadi “lombong emas” kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.



Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah.



Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.



Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.



Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!



1. DESKTIOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)



Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “bagaimana untuk melakukan sesuatu”, jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.



Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.



2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)



Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.



Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah



membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.



Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.



Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.



Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.



3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH



Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.



Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.



4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK”



Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk.



Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.



Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.



Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!


Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)