Showing posts with label KEPADA. Show all posts
Showing posts with label KEPADA. Show all posts

Sunday, 25 September 2011

MEMPEROLEHI RM1,200 SEMINGGU MENGEDARKAN RISALAH KEPADA ORANG GEMUK




Risalah yang dimaksudkan ialah mengenai pelan asas untuk diet . Kita semua tahu bagaimana orang yang sering mencari kaedah menguruskan badan melalui diet yang betul.



Acapkali berlaku ialah apabila mereka telah mencuba selama seminggu dan jika tidak mendatangkan hasil, mereka akan berhenti melakukannya dan mencari kaedah lain.



Sebenarnya anda boleh mendapat keuntungan daripada situasi ini. Hanya dengan memberikan pelan untuk diet ini secara percuma dan mengenakan sedikit bayaran untuk pengiriman atau pengeposan sahaja anda boleh mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit sebulan .



Cara yang paling mudah ialah anda mengedarkan risalah yang mengandungi pelan atau rancangan diet yang telah anda kaji sendiri atau melalui buku-buku kesihatan. Ada seorang yang kami kenali telah memperolehi pendapatan sebanyak RM42,000 bagi setiap 1,000 risalah yang diedarkannya.



Cara yang terbaik untuk mendapatkan pembeli ialah dengan mendapatkannya melalui iklan . Anda sendiri boleh membuat iklan yang mudah dan murah melalui iklaneka/rampai iklan diakhbar harian atau mingguan. Ini adalah satu-satunya rahsia dan teknik pemasaran yang paling berkesan sekali.



Ini kerana beratus ribu naskah diedarkan setiap minggu dan bulan, dengan itu ianya dapat menjadi tumpuan kepada jutaan pembaca setiap hari, minggu, dan bulan sampai bila-bila pun. Walaupun anda memperolehi respon pembaca yang kecil ianya boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.



Untuk membuat iklan anda sendiri, cubalah belajar melalui iklan-iklan orang lain yang dipaparkan diakhbar setiap hari dan bulan. Cuba dapatkan naskah-naskah sebelumnya dan lihat bagaimana mereka membuat iklan secara konsisten dan berterusan. Tandakan iklan-iklan tersebut dan sudah tentu iklan-iklan seperti itu boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan kepada anda.



Buat dan reka iklan anda sendiri. Ianya haruslah nampak senang dan mudah. Ini kerana tujuan anda ialah supaya pembaca mahu membeli pelan diet mudah yang anda tawarkan itu tanpa perlu mengalami kesan diet yang keras dan menyusahkan.



Jangan sampai anda jadikan diri anda seperti seorang pakar pemakanan yang tahu serba serbi. Sains pemakanan adalah satu bidang yang sangat luas dan juga satu bidang yang cukup kompleks. Dengan menyuruh orang melakukan pelan diet yang keterlaluan dan radikal boleh menyebabkan mereka serius.



Ada orang yang boleh terbunuh jika mereka melakukannya dengan menggabungkan berbagai pelan dalam keinginan mereka yang sangat dalam untuk menguruskan badan. Oleh itu berhati-hatilah dan jangan jadikan diri anda seperti seorang pakar pemakanan yang sangat arif.



Kebanyakan orang biasanya hanya mahukan sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan, oleh itu berikanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadikan setiap saranan anda itu masuk akal. Letakkan didalam fikiran bahawa kebanyakan orang, kuantiti makanan yang mereka makan adalah satu isu yang sangat penting.



Semua orang yang mahu mengurangkan berat badan mestilah mengurangkan dan memotong sedikit makanan yang mereka makan setiap hari. Mereka mungkin mahu mengurangkan beberapa makanan yang diambil setiap hari. Kerajaan juga telah memberitahu dan menyebarkan berita seperti ini.



Dengan mengurangkan beberapa makanan yang diamalkan selalu sebelumnya ia akan dapat mengurangkan kadar kolesterol dan dalam tubuh hingga 30%. Dapatkan pelan pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang dijalankan.



Kemudian anda boleh mencipta menu anda sendiri berdasarkan cara pengambilan makanan yang dicadangkan itu. Dengan itu ia akan memberikan pelan diet yang sesuai, mudah dan selamat untuk digunakan dan diamalkan.



Dengan mencipta pelan diet yang mudah dan selamat ini kemudian anda menggabungkannya pula dengan membuat pendedahan dan pemasaran melalui iklan-iklan diakhbar setiap hari, minggu dan bulan sepanjang hayat anda.


Tuesday, 20 September 2011

BAGAIMANA 100,000 ORANG BOLEH MEMBERI RM10 KEPADA ANDA




Tidak! Ianya bukan seperti yang anda fikirkan. Walaupun tajuknya agak kontroversi, ianya sebenarnya adalah salah satu bisnes yang cukup menguntungkan.



ANDA BOLEH MENDAPAT WANG DENGAN MEMBERI DISKET KOMPUTER SECARA PERCUMA



Dalam file ebook-Rahsia Dan Petua Kejayaan ini terdapat pelbagai tajuk bisnes. Oleh itu apa yang anda perlu lakukan ialah membuat salinan 25 laporan yang anda rasa paling terbaik dan save kan kedalam satu disket.



RM10 DISKET PERCUMA!!



Jika satu laporan berharga RM10, jadi 25 laporan ialah RM250! Ini bermakna anda boleh menjual satu disket pada harga RM100 jika anda mahu. Walaupun begitu terdapat satu cara yang lebih bagus dan lebih menguntungkan. Cara paling cepat untuk mendapatkan wang ialah dengan memberikan disket tersebut secara percuma!!!



TEMPAH IKLAN



Cara untuk mencari mereka yang berminat ialah dengan menempah iklan diakhbar-akhbar yang terkemuka. Tempah iklan yang ditulis begini:



PERCUMA 25 CARA BUAT DUIT DARI RUMAH!



MUDAH DAN MENGUNTUNGKAN! TANPA MODAL!



UNTUK DISKET PERCUMA POSKAN RM10 UNTUK



KOS PENGHANTARAN KEPADA : ALAMAT ANDA



MENDAPAT TEMPAHAN



Apabila anda mendapat tempahan, anda hanya perlu membuat salinan disket tersebut dan maklumat ini dan poskan kepada mereka. Dengan disket berharga RM1 dan kos penghantaran 50 sen, keuntungan anda ialah RM8.50!!



Oleh kerana ianya percuma, ramai yang akan menjawab iklan anda. Simpan nama dan alamat mereka untuk kegunaan program-program anda yang lain.



Teruskan menempah iklan sehingga pesanan anda mencecah 100,000 atau RM1 juta dibank!



Ianya mungkin mengambil masa tetapi tidak mustahil!!


Sunday, 18 September 2011

RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN (Buat Duit Dari Rumah)


RAHSIA MENUKAR HOBI DAN KEMAHIRAN KEPADA WANG YANG LUMAYAN SETIAP BULAN (Buat Duit Dari Rumah)


Orang yang telah berjaya membina kerjaya dan perniagaan mereka berasal daripada minat dan kebolehan mereka melakukan sesuatu dengan tekun dan penuh minat. Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya. Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai. Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut . mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.


Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan. Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya.


Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung. Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.


Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir. Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.


Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik. Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus. Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.


Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancungan. Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus penulisan dan sebagainya. Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan berhemah. Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.


Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain. Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil. Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dibidang guaman. Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya. Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud didalam diri sendiri.


Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda boleh temui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan. Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu,anda masih mempunyai peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan ia sebagai satu bidang perniagaan. Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba. Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.


Anda boleh melihat dan mengambil sedikit petua daripada cerita ini nanti. Dulu (7-8 tahun) saya adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi setelah kerugian besar dalam saham dan perniagaan.


Ketika itu umur saya baru 27 tahun dan tidak mempunyai pendidikan yang tinggi . saya banyak terdedah didalam dunia perniagaan kecil-kecilan dan pernah bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan yang besar. Malah saya sanggup bekerja dalam tempoh yang panjang untuk mengumpul wang. Malangnya saya telah tertipu dalam pasaran hadapan dan semua simpanan dari penat lelah habis begitu sahaja. Akhirnya setelah bosan berhempas pulas bekerja, saya telah memikirkan cara untuk mencari wang dengan lebih mudah lagi, walaupun bunyinya agak asing dan luarbiasa tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan. Saya telah mendapat satu idea setelah membaca sebuah buku bertajuk ‘ THE LAZY WAY TO A MILLIONS ’.


Tajuknya amat memikat hati saya untuk membelinya walaupun harganya agak mahal iaitu lebih daripada seratus ringgit, abhakan halangan yang paling besar saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Tetapi saya mahu mencuba, dan setelah selesai membaca buku tersebut saya telah mendapat satu idea melalui salah satu hobi iaitu fotografi. Saya pun mencari bahan menulis tip-tip atau panduan mencari wang melalui bidang fotografi. Saya hanya menulis dalam bentuk mudah sebanyak 4-5 muka surat sahaja dan menjualnya secara pos.


Percubaan tersebut telah mendapat sambutan yang agak baik juga dan dari situlah saya telah mendapat banyak lagi idea untuk menulis dan melalui pembacaan dan pengalaman saya selama beberapa tahun sekarang saya sudah mahir untuk menulis mengenai berbagai perkara dalam bidang perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Malah saya boleh menulis beberapa panduan setebal 2 hingga 10 muka surat dalam


masa beberapa jam sahaja . panduan ini sendiri saya tulis dengan hanya mengambil masa kurang dari dua jam .


Jika saya menjual dengan harga RM20 sahaja untuk satu panduan ini sudah memadai. Bahkan bukan mustahil untuk menjual sehingga beberapa ratus naskah dalam sebulan. Dari dulu lagi saya telah menjual beberapa ratus naskah buku setiap bulan dan memperolehi pendapatan yang begitu lumayan dengan hampir tidak melakukan sebarang pekerjaan kerana saya telah mengupah (membayar gaji) orang lain untuk membuat kerja-kerja tersebut.


Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos. untuk menulis bukannya sukar sangat kerana anda hanya perlu menulis apa yang anda fikirkan dan menyemaknya semula kemudian. Saya sendiri hanya menulis diata meja makan di rumah saya menggunakan komputer buku (note book computer) . dulu semasa saya tiada komputer saya mengupah orang lain untuk menaipkannya.


Setelah saya mampu membeli sebuah komputer dan belajar menggunakan komputer melalui buku-buku, kerja-kerja menulis telah menjadi semakin mudah dan saya boleh melakikannya pada bila-bila masa sahaja. Walaupun belum menjadi jutawan tetapi hidup saya begitu menarik dan rileks. Anda juga boleh mengecapi kehidupan yang hebat ini kelak. BERTINDAKLAH SEKARANG !!

Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)