Sunday, 25 September 2011

MEMPEROLEHI RM1,200 SEMINGGU MENGEDARKAN RISALAH KEPADA ORANG GEMUK




Risalah yang dimaksudkan ialah mengenai pelan asas untuk diet . Kita semua tahu bagaimana orang yang sering mencari kaedah menguruskan badan melalui diet yang betul.



Acapkali berlaku ialah apabila mereka telah mencuba selama seminggu dan jika tidak mendatangkan hasil, mereka akan berhenti melakukannya dan mencari kaedah lain.



Sebenarnya anda boleh mendapat keuntungan daripada situasi ini. Hanya dengan memberikan pelan untuk diet ini secara percuma dan mengenakan sedikit bayaran untuk pengiriman atau pengeposan sahaja anda boleh mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit sebulan .



Cara yang paling mudah ialah anda mengedarkan risalah yang mengandungi pelan atau rancangan diet yang telah anda kaji sendiri atau melalui buku-buku kesihatan. Ada seorang yang kami kenali telah memperolehi pendapatan sebanyak RM42,000 bagi setiap 1,000 risalah yang diedarkannya.



Cara yang terbaik untuk mendapatkan pembeli ialah dengan mendapatkannya melalui iklan . Anda sendiri boleh membuat iklan yang mudah dan murah melalui iklaneka/rampai iklan diakhbar harian atau mingguan. Ini adalah satu-satunya rahsia dan teknik pemasaran yang paling berkesan sekali.



Ini kerana beratus ribu naskah diedarkan setiap minggu dan bulan, dengan itu ianya dapat menjadi tumpuan kepada jutaan pembaca setiap hari, minggu, dan bulan sampai bila-bila pun. Walaupun anda memperolehi respon pembaca yang kecil ianya boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.



Untuk membuat iklan anda sendiri, cubalah belajar melalui iklan-iklan orang lain yang dipaparkan diakhbar setiap hari dan bulan. Cuba dapatkan naskah-naskah sebelumnya dan lihat bagaimana mereka membuat iklan secara konsisten dan berterusan. Tandakan iklan-iklan tersebut dan sudah tentu iklan-iklan seperti itu boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan kepada anda.



Buat dan reka iklan anda sendiri. Ianya haruslah nampak senang dan mudah. Ini kerana tujuan anda ialah supaya pembaca mahu membeli pelan diet mudah yang anda tawarkan itu tanpa perlu mengalami kesan diet yang keras dan menyusahkan.



Jangan sampai anda jadikan diri anda seperti seorang pakar pemakanan yang tahu serba serbi. Sains pemakanan adalah satu bidang yang sangat luas dan juga satu bidang yang cukup kompleks. Dengan menyuruh orang melakukan pelan diet yang keterlaluan dan radikal boleh menyebabkan mereka serius.



Ada orang yang boleh terbunuh jika mereka melakukannya dengan menggabungkan berbagai pelan dalam keinginan mereka yang sangat dalam untuk menguruskan badan. Oleh itu berhati-hatilah dan jangan jadikan diri anda seperti seorang pakar pemakanan yang sangat arif.



Kebanyakan orang biasanya hanya mahukan sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan, oleh itu berikanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Jadikan setiap saranan anda itu masuk akal. Letakkan didalam fikiran bahawa kebanyakan orang, kuantiti makanan yang mereka makan adalah satu isu yang sangat penting.



Semua orang yang mahu mengurangkan berat badan mestilah mengurangkan dan memotong sedikit makanan yang mereka makan setiap hari. Mereka mungkin mahu mengurangkan beberapa makanan yang diambil setiap hari. Kerajaan juga telah memberitahu dan menyebarkan berita seperti ini.



Dengan mengurangkan beberapa makanan yang diamalkan selalu sebelumnya ia akan dapat mengurangkan kadar kolesterol dan dalam tubuh hingga 30%. Dapatkan pelan pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang dijalankan.



Kemudian anda boleh mencipta menu anda sendiri berdasarkan cara pengambilan makanan yang dicadangkan itu. Dengan itu ia akan memberikan pelan diet yang sesuai, mudah dan selamat untuk digunakan dan diamalkan.



Dengan mencipta pelan diet yang mudah dan selamat ini kemudian anda menggabungkannya pula dengan membuat pendedahan dan pemasaran melalui iklan-iklan diakhbar setiap hari, minggu dan bulan sepanjang hayat anda.


No comments:

Post a Comment

Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)