Showing posts with label HANYA. Show all posts
Showing posts with label HANYA. Show all posts

Friday, 23 September 2011

RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV (Buat Duit Dari Rumah)


RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV (Buat Duit Dari Rumah)


Adakah anda seronok menonton televisyen ? Mahukah anda menggunakan televisyen anda sebagai alat mencari wang ? salah satu caranya ialah dengan menjadikan rancangan membeli-belah di rumah sebagai landasan anda untuk mencari wang. Dengan penelitian dan kajian yang baik mengenai pasaran tempatan (di kawasan tempat tinggal anda) untuk mencari pasaran bagi produk yang luas.


Akhirnya anda akan mendapati bahawa rancangan membeli-belah di rumah memang memberikan peluang yang hebat. Anda boleh membeli produk-produk tersebut dan menjualnya semula kepada pengguna tempatan atau kawan-kawan anda. Anda juga boleh menjadi orang tengah dan mendapat keuntungan melalui urusniaga itu.


Katakan sebuah produk untuk kegunaan rumah itu berharga RM50, anda mencari pasaran dan membuat pesanan secara pos bagi jumlah yang banyak kemudian anda menjualnya dengan harga RM80. Setiap satu anda akan mendapat untung sebanyak RM30. Ini adalah contoh termudah yang boleh dilakukan . Satu cara lagi untuk mencari wang hanya dengan rancangan infomericals yang keudara dan anda boleh memohon untuk menjadi hos atau penyampai atau juruhebah untuk rancangan pengiklanan.


Anda mungkin boleh menghubungi salah sebuah stesen televisyen tersebut. Rancangan televisyen dan penyiaran adalah merupakan satu industri yang sangat kompetitif pada masa sekarang. Disebabkan wang pengguna dan pengiklan adalah merupakan satu perkara penting yang perlu difikirkan di dalam penyusunan program jualan barang melalui rancangan televisyen , ia harus dilakukan dengan berhati-hati.


Persaingan yang ada di dalam industri ini juga telah memberikan peluang yang sangat besar kepada dunia perniagaan. Jika anda boleh melakukan sesuatu kebaikan, contohnya dengan menjadikan jumlah penonton rancangan TV untuk produk tersebut meningkat sudah tentu anda boleh menjadi terkenal. Anda akan dicari serta ditawarkan peluang yang baik, atau anda boleh menjadi orang tengah (broker). Anda boleh menerima tawaran dengan mengikat kontrak dan sebagainya.


Anda juga boleh menjadi broker yang berperanan untuk mencari pasaran mengetahui pasaran pelanggan anda. Broker juga berperanan menghubungkan pihak pengiklan dengan pihak pengusaha stesyen televisyen. Peranan broker sebagai orang tengah adalah penting lebih-lebih lagi apabila beliau telah biasa


berurusan dan ini boleh memberikan komisen yang baik kepada pihak broker yang dibayar oleh pihak pengusaha stesyen dan juga pihak pengiklan.


Stesyen penyiaran merupakan satu industri yang sangat kompetitif dan kadar bayaran untuk iklan juga sangat besar dan berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Seringkali terjadi di mana sebuah stesyen penyiaran tidak mempunyai pegawai pemasaran yang mana boleh menjadi sumber pendapatan yang memang menguntungkan.


Sebagai seorang broker adalah menjadi tugas anda untuk mencari pasaran baru dan membantu stesyen penyiaran anda. Apabila berurusan dengan pelanggan anda (pengiklan), anda perlu menerangkan dan memberitahu bagaimana anda boleh menjimatkan kos mereka sama ada dalam bentuk wang atau pun masa dengan menggunakan kaedah khusus yang anda ketahui.


Ini kerana bajet pelanggan anda sudah tentu terhad, mereka hanya akan membelanjakan wang kepada perkara yang lebih efektif sahaja. Mereka hanya akan lebih berminat dan tertarik kepada perkara yang boleh menambahkan wang mereka sahaja. Peranan sebagai seorang broker adalah untuk membantu mereka membuat keputusan penting ini

Wednesday, 14 September 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM5,000 SEMINGGU HANYA BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN




Seminar dan workshop pada hari ini adalah merupakan satu cara utama bagi orang dewasa untuk belajar, yang mana ianya merupakan satu sistem pembelajaran yang mempunyai kaedah seperti mana pembelajaran akademik.Kaedah mudah dan pendek ini memberikan dan menghidangkan maklumat yang sangat berkesan dan efisien. Anda boleh menajalankan seminar mengenai sebarang subjek .



Dengan bayaran untuk menghadiri seminar tidak kurang daripada RM20 seorang, ianya menjanjikan peluang membuat duit yang sangat besar. Kebiasannya bayaran dikenakan adalah diantara RM50 hingga RM500 seorang.



Ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM3500 seorang, bergantung kepada jenis seminar yang dianjurkan. Dan dalam melaksanakan seminar ini anda boleh memperolehi pendapatan beberapa ribu ringgit sehari., dengan margin keuntungan melebihi dua puluh peratus atau lebih.



Apa yang anda perlukan ialah talipon, mesin taip, cabinet untuk file, dan sedikit borang dan juga alat-alat tulis. Jikalau anda boleh menarik minat ramai orang anda boleh menjual atau mengenakan bayaran sebanyak RM500 seorang untuk seminar yang akan anda jalankan. Mungkin ia lebih mudah daripada menjual seminar yang berharga RM50.



Bayaran untuk sesuatu seminar tidak terbatas tetapi dua pertiga diantaranya adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM500. Dengan pengurusan yang tepat, anda boleh meletakkan harga setinggi yang anda rasa boleh anda lakukan.



Dan jangan lupa kaji selidik yang perlu dilakukan suapaya penyertaan tidak berkurangan kerana peningkatan harga yang anda lakukan. Dan jangan meletakkan harga yang terlalu rendah kerana kos yang diperlukan mungkin tinggi, jika begitu anda akan menghadapi masalah besar pula nanti.



Pengiklanan utama anda adalah melalui pemasaran terus dan secara pos. Direct respons marketing adalah termasuk urusan pos ters, yang mana ia memberikan motivasi dengan cepat kepada pembaca. Contoh paling baik mengenai direct mail marketing ialah Uji Kata Reader’s Digest.



Tempat atau dewan untuk seminar yang akan anda jalankan mestilah mempunyai unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan selesa. Anda boleh memilih untuk menyewa dewan yang besar dan mewah tetapi tidka mempunyai peserta yang ramai ayau anda boleh menyewa dewan kecil tetapi selesa dan ia



akan dipenuhi peserta. Kawasan tersebut tidaklah perlu terlalu fancy/menarik tetapi biarlah ia mudah ditemui, selesa dan selamat.



Panjang seminar yang akan anda jalankan haruslah berdasarkan kandungan yang boleh anda sediakan. Jangan terlalu memanjangkan seminar anda sehingga membuatkan peserta terpaksa menunggu sehingga ke waktu malam.



Untuk mendapatkan seminar yang sesuai panjangnya, anda perlu mengira jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar untuk menyewa dewan , nota, makanan dan lain-lain. Kiralah jumlah bagi program setengah hari dan juga satu hari.



Anda mungkin akan menemui bahwa anda boleh menyampaikan mesej yang lebih berkesan dalam program selama setengah hari. Ia juga akan dapat memotong kos dan meningkatkan keuntungan anda.



Biasanya kos untuk sewa dewan atau bilik bergantung kepada jumlah jam yang digunakan termasuk penyediaan peralatan seperti skrin, TV, projector slide dan sebagainya. Salah satu risiko didalam perniagaan seminar ini ialah anda mesti menempah dewan atau bilik lebih awal sebelum anda tahu jumlah peserta yang akan menyertai seminar anda.



Pastikan jika anda menempah dewan, anda tahu tarikh untuk membatalkan tempahan atau mengesahkannya. Anda mahukan supaya peserta-peserta seminar anda meninggalkan boilik seminar dengan perasan puas dan memperolehi sesuatu yang amat berharga dan sekurang-kurangnya mereka juga rasa puas memperolehi perkara berharga dan juga rsa terhibur dengan penyampaian ceramah diselang seli jenaka.



Adakah anda akan mendapat kos yang setimpal dan berpatutan jika anda mengupah penceramah? Pada peringkat awal kerjaya anda ini anda mungkin mahu menyampaikan sendiri ceramah anda, bukan hanya ia boleh mengurangkan kos, tetapi anda akan dapat mengetahui apa yang boleh berkesan dan apa yang tidak begitu berkesan.



Penceramah yang bagus mempunyai penguasaan maklumat yang bagus dan memberi kesan yang sungguh baik kepada peserta. Cara persembahan yang sangat baik dan berkesan. Untuk contoh topic, anda boleh memberikan tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk membuka perniagaan sendiri, menjalankan seminar, membuat pinjaman dan juga apa sahaja topic-topik menarik yang boleh anda fikirkan.



Dan juga melalui kaji selidik yang anda jalankan, anda boleh memberitahu peserta mengenai pengalaman anda sendiri dan memberi mereka contoh terdekat didalam bidang tersebut.



Sasrkan juga sekiranya peserta mahukan program lanjutan atau anda mengalakkan mereka memberitahu orang lain mengenai seminar anda dengan



itu anda akan mendapat iklan secara percuma. Jika seminar yang diberikan itu berkesan sudah pasti ia akan menjadi sebutan.



Akhirnya sesuatu seminar itu seharusnya memberikan satu suasana yang indah dan menyeronokkan dan satu proses pembelajaran yang berkesan dengan itu ia akan dapat menarik minat lebih ramai peserta pada masa akan datang.



Anda boleh mendapat wang tambahan lagi diakhir sesi program dengan menjua disket computer, CD ROM, buku-buku, kaset-kaset, video dan juga barang yang berkaitan dengan seminar itu.



Jualan seperti itu boleh memberikan peningkatan penambahan sehingga lebih tiga puluh peratus lagi kepada anda. Kerjaya dibidang ini adalah sangat menguntungkan dan ramai yang berjaya membina kejayaan mereka dalam masa hanya beberapa tahun sahaja dan telah memperolehi pulangan sangat lumayan.


Friday, 5 August 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH, BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI




Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.



Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.



Anda boleh menafaatkan computer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak seperti memperlajari perkara lain.



Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepada kami.



Komputer anda mungkin akan menjadi “lombong emas” kepada anda selepas ini. Jika selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai maklumat.



Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer anda dirumah.



Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara berperingkat – peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu peluang perniagaan baru kepada anda kelak.



Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehi pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.



Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berjumlah beberapa puluh billion ringgit!



1. DESKTIOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)



Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw, Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduan “bagaimana untuk melakukan sesuatu”, jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli, menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.



Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda. Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.



2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)



Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan melakukan urusan-urusan mereka.



Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian, mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah



membuka akaun dengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui pemotongan akaun bank anda secara online.



Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.



Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di kaunter-kaunter pembayaran.



Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10 atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.



3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH



Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.



Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Seperti penggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.



4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN “BAGAIMANA UNTUK”



Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau tajuk.



Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika anda mempunyai kemudahan internet.



Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.



Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melalui cara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya. Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!


Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)