Showing posts with label MENGGUNAKAN. Show all posts
Showing posts with label MENGGUNAKAN. Show all posts

Saturday, 17 September 2011

RM100 SEJAM DENGAN MENGGUNAKAN PICKUP ATAU VAN (Buat Duit Dari Rumah)


RM100 SEJAM DENGAN MENGGUNAKAN PICKUP ATAU VAN (Buat Duit Dari Rumah)


Jika anda menyukai kereta dan lebih suka memandu hanya untuk apa-apa perkara pun, anda boleh menjadikan minat anda itu kepada peluang mencari wang yang berasaskan kereta dan sentiasa berada dijalanraya. Anda boleh menggabungkan kedua perkara tersebut didalam satu lingkungan.


Dimana mempunyai pengalaman dan boleh mencipta kaedah baru, mencari wang kepada diri anda . Untuk jenis perniagaan yang boleh dikendalikan secara solo atau sendirian didalam lingkungan kenderaan bermotor. Van atau pickup seringkali boleh dijadikan sebagai kenderaan pilihan untuk memulakannya.


Ianya boleh digunakan untuk jarak jauh, mempunyai ruang kargo yang luas, mudah dipandu. Pilihan utama yang perlu difikirkan ialah dari segi kuasa dan juga saiz, kos penyelenggaraan dan membaik pulih serta serba guna. Dengan menggunakan van atau pun pickup, anda boleh menggunakannya bagi tujuan perniagaan seperti khidmat bantuan menukar minyak enjin dan penyelenggaraan mudah secara bergerak untuk kereta dan lain-lain. Banyak pengguna dan pemilik kereta yang mementingkan mutu sama ada bagi mereka yang tinggal di desa atau pun di bandar atau di pinggir bandar.


Perkhidmatan seperti ini akan menjadi popular dengan cepat kerana pengguna tidak perlu bersusah payah ke sana kemari untuk mencari bengkel membaik pulih. Jika anda sukakan kanak-kanak anda boleh menjadikan kenderaan anda sebagai studio gambar bergerak. Apa kata idea mengenai tukang kunci/ pembuat kunci bergerak. Orang yang tertinggal kunci rumah dan kereta atau kenderaan lain boleh memerlukan perkhidmatan anda.


Jika anda menyediakan perkhidmatan pantas dan boleh dihubungi dengan segera, anda boleh menjadi terkenal dengan cepat dan akan menjadi pilihan pelanggan, orang ramai, jabatan polis dan juga pusat membeli belah. Selain itu ramai orang yang sanggup membayar wang bagi menukar minyak enjin dan menapis minyak tanpa perlu pergi ke pusat penyelenggaraan yang jauh dan mungkin kosnya lebuh mahal daripada yang anda tawarkan.


Dan bergantung pula kepada minat dan pengetahuan yang ada, anda boleh bermula daripada memberi perkhidmatan ringan, penyelenggaraan, menukar minyak enjin, filter, menukar tayar, tuning enjin, rahsianya ialah menawarkan kepada pelanggan seberapa banyak kemudahan dan perkhidmatan yang anda ketahui dan mampu lakukan dengan baik.


Memungut dan membuang bahan sisa adalah juga satu perkhidmatan yang baik dan berdaya maju. Di dalam kawasan tempat tinggal di sesebuah daerah selalunya mempunyai bahan buangan dari sampah sarap hinggalah bahan-


bahan lain. Banyak sampah sarap dan bahan sisa yang perlu dilupuskan setiap hari.


Hubungu pihak kontraktor , perkhidmatan sewaan pangsapuri, pihak pemaju landskap, pemaju kondominium bagi mendapatkan perkhidmatan membuang bahan sisa seperti sampah sarap dan sebagainya. Walau bagaimana pun fikirlah dua tiga kali jika anda ditawarkan untuk membuang bahan sisa yang diragui eperti sisa toksik. Anda akan mengundang risiko jika anda mengambil tugas terebut dan anda juga berkemungkinan akan didenda dengan jumlah besar jika anda ditangkap.


Atau ada pengaduan dari pihak awam dan mungkin akan dipenjarakan jika anda didapati membuang sisa toksik secara haram. Dalam pada itu anda mungkin boleh juga mendapat wang tambahan lain sekiranya bahan buangan yang masih diguna atau dikitar semula.


Contohnya perabut yang dibuang mungkin hanya mengalami kerosakan kecil, anda boleh membaikinya dan menjualnya semula dengan harga murah. Ia diperolehi secara percuma, kisahlah jika anda hanya mendapat sedikit wang. Begitu juga dengan barangan elektrik , plastik, kotak kertas, botol-botol, besi-besi dan akhbar-akhbar lama.


Semuanya boleh menjadi wang dan boleh diperolehi secara percuma. Mungkin juga anda boleh mendapat tugas-tugas membuang sisa bahan buangan dari bahan-bahan pembinaa, anda boleh menemui papan lapis, kayu, papan, batu bata dan sebagainya. Mungkin juga anda meminati fotografi dan juga kamera.


Mengapa tidak menjadi jurugambar bergerak ? Anda boleh menjual kemahiran anda dengan menawarkan khidmat gambar perkahwinan, parti, sukan, dan juga lain-lain peristiwa menarik . Mungkin juga anda sukakan bermacam-macam perkara, jadi dengan itu anda boleh kombinasikan idea anda itu mengikut kesesuaian. Anda akan dapati yang anda boleh memperolehi banyak wang dengan melakukan apa yang anda gemari, tanpa arahan boss kecuali diri anda sendiri. Selamat mencuba !

Sunday, 11 September 2011

BAGAIMANA MEMBUAT WANG MENGGUNAKAN MESIN PENJAWAB TALIPON ANDA ( ANSWERING MACHINE )




Mesin penjawab talipon otomatik anda atau answering machine boleh digunakan untuk MEMBUAT LEBIH BANYAK WANG daripada cara lain disepanjang hayat atau usaha anda . Orang yang tiada mempunyai kemahiran pemasaran di dalam perniagaan juga telah berjaya dengan menggunakan kaedah mesin penjawab talipon otomatik ini.



Tidak lama dahulu sepasang suami isteri yang masih muda yang berasal daripada GOSSEL KANSAS, USA telah berjaya menggunakan modal sebanyak tiga ratus dollar ( $300 ) untuk memperolehi keuntungan lebih 3 juta dollar ( US$3,000,000 ) dengan memasarkan dan menjual maklumat berkaitan cara-cara meningkatkan sumber kewangan, sama ada didalam bentuk buku , panduan-panduan dan juga laporan-laporan .



Mereka hanya menggunakanmesin penjawab talipon otomatik. Ini menunjukkan bahawa ada cara yang lebih mudah dan berkesan bagi memperolehi wang dengan hanya menggunakan alat atau bahan tertentu. Pasangan ini juga membuktikan bahawa jika anda ;



Mempunyai :-



1) IDEA YANG BAIK



2) PERCAYA DIRI SENDIRI UNTUK MEREALISASIKAN SESUATU



3) MEMILIKI MOTIVASI DAN KEMAHUAN KUKUH UNTUK BERTINDAK SEKARANG



4) JIKA ANDA TEKUN , ANDA BOLEH BERJAYA!!



Potensi Mencari Wang Yang Tidak Terhad



Potensi mencari wang dengan menggunakan mesin penjawab talipon otomatik adalah tidak terhad. Jadi bagaimana saya boleh menggunakan mesin penjawab talipon otomatik saya , dan apa yang patut saya jual ? Satu soalan yang baik ! Kemungkinan untuk berjaya tidak terhad ! ramai orang telah memperolehi wang dengan menjual maklumat ‘ Bagaimana Untuk…..’’ sama ada ianya dalam bentuk buku , panduan-panduan, laporan-laporan atau bahan rujukan.



Tajuk-tajuk yang diminati termasuk panduan membuat kerja-kerja di rumah. Panduan bekerja dengan kerajaan . Membuat wang dengan cara menjadi penulis bebas. Membuat wang sama ada dengan van atau kenderaan anda dan lain-lain lagi.



Bagaimanapun mesin penjawab talipon boleh digunakan sebagai pemangkin iklan untuk banyak produk dan perkhidmatan yang berbeza. Untuk menjual insurans atau hartanah, pinjaman perumahan, membaiki dan dekorasi rumah, seminar dan sebagainya . sebarang jenis restoran perkhidmatan sosial dan 1001 perkhidmatan lain yang ditawarkan.



Bagaimana ia berfungsi



Iklan rampaian atau iklan jenis murah ada disediakan didalam akhbar harian dan juga akhbar mingguan. ANDA BOLEH membuat iklan kecil dan murah didalam akhbar-akhbar ini dengan menawarkan produk atau perkhidmatan anda. Anda boleh memberikan nombor talipon anda dan pembaca boleh mendengar keterangan mengenai produk atau perkhidmatan anda melalui ‘ mesej yang dirakam ’oleh anda sendiri didalam mesin menjawab talipon otomatik anda itu. Anda boleh menggunakan skrip yang anda hasilkan atau tulis sendiri dengan baik dan rakamkan dengan menggunakan suara yang mesra dan bermutu . Rakamkan mesej anda dalam masa 2-3 minit. Di dalam mesej tersebut anda boleh menyuruh pihak pembaca melakukan perkara seperti berikut:



1) Meninggalkan ( rakamkan nama dan alamat mereka ) dan membuat pesanan menggunakan C.O.D.



2) Meninggalkan nama dan alamat lengkap mereka untuk diberikan maklumat lengkap percuma yang lebih lanjut .



Cara keempat yang telah menjadikan ramai orang letih untuk melakukan ialah dengan membuat pesanan menggunakan bayaran melalui kad kredit. Kebanyakan pengusaha mengatakan ianya tidak begitu berfungsi dengan baik . ramai orang tidak suka meninggalkan nombor kad kredit mereka bagi membuat bayaran tanpa menemui pihak penjual. Kaedah yang terbaik ialah dengan menyuruh pihak pembaca mendengar ‘mesej rakaman’ dan terus membuat pesanan setelah mendengar keterangan yang anda rakamkan.



Mereka boleh terus membuat pesanan sama ada dengan membuat bayaran menggunakan kiriman wang pos, kiriman wang, Postal Order, Bank Draft, Telegram Money Order, Express Money Order, cek atau menggunakan COD ( Cash On Delivery ) . jika anda menawarkan barangan atau perkhidmatan yang harganya tinggi seperti hartanah, insurans atau pelan pemasaran berperingkat MLM anda sebaiknya perlu mendapatkan nombor talipon atau alamat pemanggil supaya anda boleh membuat tindakan susulan .



Jika anda menjual barangan yang harganya rendah contohnya yang berharga sekitar RM50 contohnya seperti buku, hadiah dan lain-lain, anda boleh menggunakan kaedah C.O.D. Kaedah ini bermaksud pemanggil akan membuat pesanan dan mereka hanya akan membayarnya sewaktu mereka menerima barang pesanan daripada posmen atau mereka boleh membayar di pejabat pos. cara pembayaran yang lain yang boleh dibuat ialah dengan menggunakan



kiriman wang pos / postal order / cek. Mereka boleh membuat pesanan dengan membuat pembayaran menggunakan kaedah atau cara seperti yang disebutkan di atas setelah mereka mendengar mesej rakaman mengenai KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PRODUK yang anda mahu jual itu.



Ianya satu cara yang mudah dan sudah pasti boleh difungsikan dengan baik dan berkesan. Untuk mendapat kesan yang lebih baik lagi anda boleh membuat berbagai kajian dan percubaan cara jualan melalui rakaman suara di dalam mesin penjawab talipon anda . hanya dengan menggunakan rakaman suara selama 2-3 minit sahaja, ia sudah boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. MENGAPA KAEDAH INI BOLEH BERJAYA ? Ini adalah kerana kebanyakan orang yang tidak suka berurusan secara pos atau surat menyurat biasanya akan lebih suka membuat panggilan talipon sahaja. Ini adalah kebenaran dan kebiasaan bagi golongan pembaca akhbar. Jadi mengapa pula anda tidak mahu memulakan usaha ini dengan segera atau melakukannya sekarang ?.



Baik, biar saya berikan anda beberapa langkah-langkah utama yang boleh anda ambil bagi merealisasikan kaedah atau idea ini :-



1) Cipta atau dapatkan satu produk atau perkhidmatan yang boleh menarik minat ramai orang dan mempunyai permintaan yang tinggi.



2) Tuliskan iklan klasifikasi / rampai iklan ( kecil ) bagi menjual barangan atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu. Rakamkan surat jualan atau katalog ke dalam mesin penjawab talipon atau answering machine anda .



3) Buat iklan anda di dalam akhbar yang kosnya murah. Berikan nombor talipon yang anda gunakan dan telah disambungkan kemesin penjawab talipon anda itu.



4) Pelanggan anda akan melihat anda di akhbar , kemudian mereka akan menalipon anda , mendengar mesej surat jualan atau katalog anda, kemudian mereka akan membuat pesanan. Langkah-langkah yang ringkas yang akan memberikan anda wang yang banyak.


Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)