Showing posts with label MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN. Show all posts

Friday, 30 September 2011

100 JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA




Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang . anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan perancangan , idea kesihatan dan komitmen yang bersungguh-dungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada disekitar anda.



Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.



Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan kegagalan sentiasa bermain difikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu bersikap terbuka dan yakin diatas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.



Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh usaha anda . sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amata mustahil bagi kita memenuhi semua tuntutan mereka.



Pengalaman dan pengetahuan didalam bidang yang akan anda ceburi nanati juga merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ‘ guru ’ yang amat bernilai kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tida gunanya usaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting didalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.



Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.



Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor talipon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan



lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan anda secara meluas tanpa sempadan.



Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang agak murah . kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus , surat menyurat, talipon, faks, email, internet dan sebagainya.



Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.



Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat lagi. salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah anda.



Juru runding perniagaan



Perkhidmatan simpan kira



Syarikat ( akaun )



Perkhidmatan kesetiausahaan



Perkhidmatan recycle



( kitar semula )



Clipping service



Collection service



Perkhidmatan faks



Membuat promosi



Juru gambar



Katering



Merawat bunga / tanaman



Broker maklumat



Data sekuriti



Data masuk



Perunding perisian komputer



Guru komputer



Deejay secara kontrak



Promoter jualan



Broker cetakan



Broker hartanah



Broker kenderaan



Mencuci pangsapuri



Hiasan dalaman /



Pengubahsuaian rumah



Ejen lelongan/jualan



Melukis papan iklan



Pengacara



Membaiki paip



Membaiki peralatan elektrik



Menaip



Menjahit



Menggubah bunga



Seni mengandam



Mengajar tusyen



Guru tari



Guru kompang



Guru masakan



Menjual lauk pauk



Menjual sarapan pagi



Menyewakan bunga-bungaan



Menyewakan pita video



Guru fotografi



Guru jahitan



Guru sulaman/mengait



Guru musik



Guru nyanyian



Guru agama



Guru quran



Ketabiban



Rawatan tradisional



Mendandan rambut



Servis menjawab talipon



Seminar mutu diri



Membaiki motokar



Membaiki motosikal/basikal



Juru runding kewangan



Menyewakan bilik



Perunding perkahwinan



Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga



Menyewakan kenderaan



Mencari barangan antik



Multi level marketing



Jualan secara parti dirumah



Menjual melalui talipon



Perkhidmatan talipon jarak jauh



Perunding pelancongan



Menghantar barang



Membuat cop getah



Mencetak t-shirt



Membuat perabot



Membuat barangan kraf



Membuat kuih muih



Membuat biskut dan pastri



Menyewakan peralatan musik



Melukis



Membuat grafik



Membaiki jeans dan pakaian



Membuat dan menjual aksesori wanita



Membuat dan menjual butang , lencana



Menjual cenderahati



Membuat pagar kayu



Menjual kayu api



Menjadi ejen import eksport



Menjual buah-buahan kampung



Menjual sayur-sayuran



Menjual ikan perliharaan



Melukis pelan rumah/bangunan



Menulis buku/menulis skrip drama



Menulis novel / cerita seram / remaja



Menulis surat berita / newsletter



Pemberita bebas.



Melukis kartun



Menulis artikel



Agensi pekerjaan



Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan



Menulis surat rasmi



Mengisi borang rasmi



Menulis petisyen



Menerbitkan panduan hartanah


Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)