Thursday, 15 September 2011

RAHSIA BAGAIMANA MEMENUHI PETI SURAT ANDA DENGAN WANG SETIAP HARI




RAHSIA bagaimana memenuhi peti surat anda dengan wang setiap hari ataupun wang akan DIHANTAR hingga dihadapan pintu rumah anda oleh posmen. Mungkin anda tidak pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di rumah di mana mungkin ianya akan melebihi pendapatan atau gaji anda sekarang.



Malah untuk mendapatkan wang di rumah dengan kaedah ini juga kerana anda tidak perlu meletakkan jawatan ataupun berhenti kerja kerana ianya boleh dilakukan hanya dengan beberapa jam sahaja dalam seminggu. Anda mungkin hanya memerlukan masa selama 1 hingga 2 jam seminggu sahaja dan ia sudah memadai. Mungkin ini adalah salah satu cara cara yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah .



Baiklah tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya. Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak anda, apa yang penting anda mahu mempelajari cara mudah ini untuk mencari wang tambahan. Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya , tetapi agak asing bagi mereka yang selama ini hanya tahu bekerja dengan orang lain sahaja atau makan gaji.



Istilah ini boleh dikatakan, makan dulu baru dapat gaji. Tetapi dengan kaedah perniagaan ini anda boleh menerima wang setiap hari yang jumlahnya boleh anda tentukan sendiri. Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya mungkin beratus-ratus tetapi kami hanya ingin menerangkan SATU KAEDAH yang paling mudah.



Rahsianya ialah menjual melalui POS. Memang banyak sekali barang yang boleh dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian , lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer. Tetapi kami ingin menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja di sini. Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos. apakah maklumat bercetak ?



Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia. Kerana semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran, masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi . Seperti panduan yang anda baca sekarang, ia juga merupakan satu maklumat yang mana anda sanggup ‘ membayar ’ untuk memilikinya.



Ianya hanya perlu ditulis sama ada anda mendapatkan kisah, cerita, kaedah ini melalui saudara mara, pembacaan ataupun dengan membuat penyrlidikan sendiri, yang penting maklumat yang anda ada itu memang menarik untuk dibaca. Dengan itu ia boleh diulang cetak dan dijual kepada orang lain dengan harga yang lumayan. Maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya berupa sebuah buku ataupun majalah juga akhbar.



Maklumat tersebut mungkin hanya berasal daripada satu perkataan sahaja. Mungkin perkataan tersebut amat bermakna untuk membuat hidup seseorang menjadi bertambah baik, bahagia, dan berjaya . Contoh perkataan keramat ialah WANG, RAHSIA, BERJAYA. Dengan perkataan WANG ini anda boleh menghuraikan cara-cara memperolehi banyak wang.



Sesiapa sahaja yang berakal akan menjadi amat sensitif dengan perkataan seperti ini. Kita hidup di dunia yang mana didiami juga oleh berjuta-juta manusia yang mempunyai berbagai keperluan dan keinginan bahkan jika boleh semua yang ada mahu dimiliki. Sekarang anda boleh belajar bagaiman anda boleh meukar keinginan pengetahuan anda menjadi wang . Tanpa keinginan senua perkara atau benda tidak boleh dicipta.



Jika anda ada pengetahuan tertentu contohnya seperti menaip, menjahit, menyanyi, memasak, berniaga, berceramah, menulis, mengajar, memandu, bermain alat musik, berlakun dan macam-macam-macam lagi. Untuk menuliskan perkara tersebut di sini mungkin memerlukan berpuluh-puluh helai kertas. Cuba KENAL PASTI apa yang anda ketahui dan minati :



Buat sedikit penyelidikan dan tuliskan di atas kertas, kumpulkan maklumat berkaitan dan jika anda sudah berpuashati bolehlah anda taipkannya dengan kemas . jika tidak mempunyai komputer atau meisn taip cubalah mendapatkan khidmat ini daripada kawan-kawan anda. Mungkin anda boleh mendapat khidmat percuma daripada mereka. Berikan tajuk menarik menggunakan perkataan seperti RAHSIA, HEBAT, PELUANG, WANG dan sebagainya. Anda mungkin seorang ibu, atau surirumah dan anda boleh bercakap mengenai teknik menjaga bayi, petua-petua kesihatan, masakan atau cara menggubah bunga-bungaan.



Semua orang memang ada SESUATU yang mereka tahu . Kita hanya perlu menggunakan apa yang telah kita ada sahaja itupun sudah mencukupi. Kita selalunya hanya mencari-cari di luar tetapi tidak di dalam diri sendiri. Jika anda sudah menyiapkan tulisan anda itu, ia sudah boleh dicetak sama ada dengan cara fotokopi dan sebagainya. Anda perlu faham di dunia ini memang terdapat ramai orang yang mempunyai keinginan dan minat yang sama seperti kita.



Oleh itu, kita boleh menjadi pembekal maklumat kepada mereka dengan menjual maklumat yang kita ada. Maklumat anda itu mungkin ada hanya 2 muka surat sahaja . Itu tidak menjadi hal yang penting maklumat anda itu berguna kepada mereka. Anda boleh menjual dengan harga 10 atau 20 ringgit, itu hak anda.



Anda boleh menentukan sendiri nilainya. Untuk menjual maklumat anda tidak sukar kerana anda boleh mengiklankannya di dalam akhbar atau majalah tempatan.



Modalnya juga kecil hanya antara 20 hingga 100 ringgit untuk sekali iklan. Jika anda mahu menceburi perniagaan ini secara serius anda hanya perlu mendaftarkan perniagaan anda dengan pejabat pendaftar perniagaan dan dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja . cari nama perniagaan yang menarik dan sesuai , buka akaun bank, buat iklan , sediakan katalog jualan yang menyenaraikan harga jualan (panduan) maklumat anda itu. Balas dengan segera.



Pelajari sedikit demi sedikit, jika anda tekun akhirnya anda boleh berjaya. Iklankan secara berterusan (gandakan iklan) . Laburkan semula wang anda untuk membuat lebih banyak iklan . Jika anda menyewa peti surat ianya akan dipenuhi dengan surat dan juga pesanan yang mengandungi wang, begitu juga jika anda menggunakan alamat rumah, posmen akan menghantar semua surat-surat sehingga di depan pintu rumah anda dan sebahagiannya pula merupakan pesanan untuk meklumat yang mengandungi wang pos, cek, wang tunai yang mana jumlahnya mungkin sehingga beribu ringgit sehari.



Jika anda banyak membuat iklan sudah tentu pesanan yang akan anda terima juga akan berterusan dan semakin meningkat dan banyak. Sanggupkah anda membiarkan wang yang begitu banyak terlepas begitu sahaja setiap hari apatah lagi keadaan sekarang dimana anda sudah tahu cara untuk mendapatkannya. Itulah cara untuk menukar atau pun menjadikan peti surat anda dipenuhi wang setiap hari. Mengapa tidak mahu mencubanya sekarang ?


No comments:

Post a Comment

Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)