Monday, 5 September 2011

CARA MEMPEROLEHI RM1,500 SEMINGGU DI RUMAH HAMPIR TIDAK PERLU MELAKUKAN PEKERJAAN (Buat Duit Dari Rumah)

CARA MEMPEROLEHI RM1,500 SEMINGGU DI RUMAH HAMPIR TIDAK PERLU MELAKUKAN PEKERJAAN (Buat Duit Dari Rumah)
Adakah anda percaya ada cara untuk memperolehi wang di rumah dan hampir tidak perlu membuat kerja ? Ya ! memang ada caranya dan ramai yang sudah melakukannya. Ia bukan perkara baru dan pelik jika tahu caranya. Kami juga melakukan perkara yang tersebut dengan memperolehi pendapatan yang lumayan.

Anda akan mendapati bahawa ianya benar-benar memberikan keselesaan dari segi kewangan dan juga masa berbanding apa yang sedang anda alami sekarang. Kebanyakan orang terpaksa bekerja selama 8 hingga 10 jam setiap hari . dan memperolehi pendapatan yang hanya mencukupi untuk diri sendiri sahaja tanpa dapat menikmati kemewahan seperti yang diidamkan oleh ramai orang.

Sekarang anda akan mengetahui bahawa ada cara untuk memperolehi pendapatan tambahan secara sampingan ataupun sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah dimana anda boleh memperolehi sehingga beberapa ratus atau pun ribu ringgit setiap bulan demi bulan dan tahun demi tahun .

Cara paling mudah yang dimaksudkan ialah dengan menjalankan satu usaha niaga secara pos dengan menjual bahan-bahan bercetak yang boleh anda tulis sendiri ataupun anda beli daripada orang lain yang mempunyai kebenaran untuk mencetak semula (reprint rights).

Atau anda boleh mendapatkan bahan-bahan didalam bahasa Inggeris kemudian menterjemahkannya sendiri. Bahan cetak yang dimaksudkan bukanlah semestinya sebuah buku yang tebal sehingga berpuluh hingga beratus muka surat isinya. Anda boleh menjual sesuatu bahan berupa laporan ataupun panduan cara-cara untuk meningkatkan mutu diri, meningkatkan sumber kewangan, meningkatkan kecantikan, meningkatkan gaya hidup, pergaulan, cara-cara mendapatkan pekerjaan, cara untuk menjadi penyanyi, cara untuk menjadi kaya, cara menjahit, menanam bunga yang lebat dan bermacam-macam topik lain yang boleh difikirkan.

Untuk mencari bahan tidaklah sesusah mana jika anda seorang yang membaca buku, majalah dan akhbar dimana anda boleh mengutip rencana dan berita mengenai kejayaan seseorang didalam sesuatu bidang kehidupan. Banyak sekali bahan yang boleh diperolehi secara percuma itu kemudian ianya boleh memberikan pendapatan yang lumayan sekali kepada anda sepanjang hayat anda. Contohnya mudah, lihat kepada diri anda sendiri jika anda mempunyai kebolehan membuat bahan kraf dari gubahan bunga atau apa sahaja anda boleh menulis cara-cara tersebut.

Anda boleh menerbitkan panduan anda dalam satu atau dua muka surat sahaja dan menjualnya dengan harga sebanyak RM5 hingga RM10 senaskah. Orang akan sanggup membayar harga yang ditawarkan asalkan sahaja mereka dapat ‘ maklumat ’ Yang mereka ingini. Mereka tidak akan bercakap mengenai harga jika apa yang mereka perolehi itu boleh membantu diri mereka dan keluarga mereka dimasa hadapan. Orang hanya perlukan maklumat sahaja dan tugas anda ialah menyediakan maklumat kepada mereka yang memerlukannya.

Jika anda sudah mempunyai bahan-bahan tersebut langkah berikutnya ialah anda perlu mencari cara dan kaedah untuk memasarkannya pula. Bahan-bahan bercetak seperti itu memang mudah untuk dipasarkannya jika anda tahu caranya. Sekarang anda boleh belajar bagaimana anda boleh mengedarkan bahan terbitan anda itu dengan meluas dan banyaknya. Caranya ialah dengan membuat iklan (hebahan) supaya ianya diketahui ramai. Ia seperti juga menguji pasaran. Dapatkan majalah dan akhbar yang mempunyai ruangan khas untuk membuat iklan kecil setiap hari dan minggu. Hubungi mereka sama ada pergi terus ke pejabat atau menalipon mereka.

Tanyakan cara untuk membuat iklan, bayaran yang dikenakan dan lain-lain perkara lagi. Perhatikan iklan-iklan lain juga, lihat cara mereka membuat iklan dan pelajari perkataan yang digunakan. Ada juga syarikat akhbar yang menyediakan borang-borang khas untuk menempah iklan . Yang penting, hubungi mereka ! Dapatkan maklumat yang mencukupi sebelum anda membuat iklan. Iklan-iklan seperti ini tidaklah mahal, ianya hanya diantara RM20 hingga RM80 sahaja untuk sekali mengiklan.

Jika anda sudah bersedia untuk mengiklan jangan pula anda lupa untuk menetapkan tarikh bila masa patut anda membuat iklan. Untuk memperolehi banyak wang anda perlu mencuba dan terus mencuba . Bukannya dengan hanya membuat iklan sekali anda menunggu wang dengan banyak datang dengan sepenuh harapan.

Anda mestilah sentiasa kerap membuat iklan sekurang-kurangnya sekali seminggu bukannya hanya didalam akhbar sahaja sebaliknya didalam beberapa akhbar. Semakin banyak dimasukkan iklan didalam banyak akhbar semakin banyak orang menatapnya dan semakin kerap ianya diiklankan semakin percaya dan tertarik mereka untuk menghubungi anda. Itulah kehebatan iklan anda. Cara ini merupakan kaedah terbaik untuk mengiklankan bahan-bahan terbitan anda. Anda boleh memulakan daripada kecil dan meningkat hingga besar dimana mungkin anda memerlukan pekerja membantu anda kelak.

Anda boleh melakukan pekerjaan ini sampai bila-bila pun yang anda inginkan. Jangan lupa , sebelum anda mengirimkan produk anda kepada pelanggan, terlebih dahulu hendaklah anda menyediakan surat jualanataupun katalog yang menyenaraikan bahan-bahan terbitan anda dan tawarkan kepada mereka. Didalam katalog ini anda hendaklah menyenaraikan produk anda dan

menerangkan secara ringkas perihal produk anda dan kelebihan/keuntungan faedah jika memiliki panduan anda.

Jangan lupa memberikan harga yang anda jual dan sertakan tawaran istimewa. Jika didalam seminggu anda ada membuat iklan didalam 2-3 penerbitan akhbar dan anda memperolehi surat pertanyaan sebanya 300 pucuk setiap minggu dan anda menjual panduan berharga RM30, anda hanya perlu menjual sebanyak 50 naskah seminggu.

Ini tidak susah untuk dilakukan jika anda mempunyai panduan yang menarik dan diperlukan oleh ramai orang. Jika anda mempunyai 4 buah panduan dan boleh menjual secara purata 200 naskah seminggu, maka dalam seminggu sahaja anda boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM6,000 . Sebulan RM24,000, setahun RM288,000. Ini boleh anda lakukan jika anda membuat promosi iklan anda secara meluas didalam banyak penerbitan. Dan anda boleh mengupah jiran-jiran anda untuk menyusun katalog dan semua kerja kecuali bahagian iklan.

Dan dengan cara itu anda seolah-olah langsung tidak bekerja. Saya juga membuat perkara yang sama seperti ini. Sekarang saya punyai banyak masa lapang dan memperolehi pendapatan yang sangat lumayan setiap bulan. Anda juga boleh ! Bertindaklah mulai sekarang jika anda inginkanpendapatan yang lumayan ! .

Peluang sentiasa ada jika anda mahu melihat kehadapan secara positif

No comments:

Post a Comment

Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)