Thursday, 1 September 2011

BAGAIMANA MENJUAL PRODUK INFORMASI ANDA SEPERTI GORENG PISANG PANAS (Buat Duit Dari Rumah)

BAGAIMANA MENJUAL PRODUK INFORMASI ANDA SEPERTI GORENG PISANG PANAS (Buat Duit Dari Rumah) 
Anda boleh mendapatkan jualan yang banyak jika anda mempunyai pelan pemasaran yang betul dan baik . dengan mempunyai produk yang baik sahaja tidak mencukupi jika ia tidak boleh dipasarkan dengan cara yang betul dan baik. Bagaimanakah cara memasarkan produk anda ? anda mestilah mencari kaedah pemasaran yang mudah. Cara biasa memasarkan atau menjual produk ialah dengan membuka kedai melantik ejen jualan atau pengedar.

Produk seperti ini tidak perlukan sebuah kedai atau ejen jualan untuk menjualnya. Ia hanya akan meningkatkan lagi kos kerana adanya orang tengah yang perlu mengambil keuntungan. Cara mudah , terbaik, selamat ialah dengan menjual melalui iklan-iklan akhbar harian, akhbar mingguan, internet, jika anda mempunyai komputer atau tahu menggunakan internet. Jika menjual menggunakan iklan akhbar, anda hanya perlu memuatkan ke dalam iklan kecil berbaris / classified / iklan kekotak.

Kosnya murah bagi sekali iklan hanya dalam lingkungan RM35 – RM70 sahaja. Cara untuk mendapat perhatian pembaca ialah dengan memuatkan iklan anda secara kerap dan berterusan. Ia boleh meyakinkan pembaca mengenai apa yang ditawarkan.jika anda memilih pemasaran melalui iklan akhbar, anda MESTILAH memilih menggunakan 2 kaedah berikut ;

PERTAMA – buat iklan, pembaca akan membaca iklan anda dan kemudian menghubungi anda melalui surat.

KEDUA – anda mesti menyediakan SURAT JUALAN / KATALOG JUALAN yang menceritakan serba ringkas tetapi padat dan tepat mengenai produk anda. Anda boleh menuli 500 – 2000 patah perkataan di dalamnya serta dilengkapi dengan BORANG PESANAN supaya mereka boleh membuat pesanan.

Ia juga perlu disertakan TAWARAN HARGA , TAWARAN TERHAD dan lain-lain supaya pembaca boleh bertindak dengan segera. Kaedah DUA LANGKAH adalah paling selamat kerana anda tidak boleh menjual produk anda terus daripada iklan KECIL BERBARIS / KEKOTAK kerana kosnya kecil. Anda juga tidak cukup ruang untuk menerangkan kelebihan-kelebihan produk anda itu. Dengan kaedah DUA LANGKAH , pembaca akan mendapat gambaran lebih jelas tentang produk anda.

Jika mereka berminat , mereka akan membeli dengan menggunakan BORANG PESANAN yang disediakan. Anda juga hendaklah memberikan kaedah pembayaran yang mudah. Seperti menggunakan WANG POS / KIRIMAN WANG / CEK / BANK DRAFT / WANG TUNAI dan sebagainya. Anda mestilah memberikan kemudahan kepada pelanggan anda. Barulah uusaha anda boleh berjalan lancar.

Cara kedua yang mudah ialah dengan menjual memalui INTERNET. Anda perlu menyediakan laman web yang boleh di bina secara percuma di dalam pelayar seperti Netscape, MSN. Anda juga boleh membina laman web percuma melalui pencari seperti Tripod, Lycos, Yahoo, Go To Com dan banyak lagi ejen pencari.

Selain itu juga anda boleh mendapatkan alamat EMEL yang akan membalas secara otomatik dalam masa beberapa saat / minit sahaja. Anda hanya perlu mencipta skrip jualan / katalog jualan di dalam emel tersebut. Jika perlu sertakan juga alamat laman web anda kerana laman web mempunyai persembahan yang lebih menarik. Untuk mendapatkan emel otomatik ini anda boleh mengunjungi laman web WWW.GETRESPONSE.COM.

Apa yang anda lakukan selepas mempunyai alamat emel otomatik dan laman web anda itu nanti ialah mempromosikan produk anda dengan memberikan alamat EMEL@LAMAN WEB anda ke dalam laman-laman web utama di negeri ini atau di luar negeri. Laman web seperti www.Skli.com dan banyak lagi laman web mana-mana pertubuhan syarikat dalam dan luar negeri. Untuk membuat iklan ke dalam laman web tersebut anda hanya perlu memilih ruangan CLASSIFIED.

Di sana biasanya ada disediakan ruang iklan PERCUMA. Anda hany perlu memilih kategori iklan seperti Small Business, Home Business, Home Worker dan sebagainya. Kemudian masuk / klik ke ADD Classified . Tuliskan iklan anda di ddalam ruang yang disediakan. Buat iklan dengan betul, tepat dan menarik. Setelah selesai anda hanya perlu SUBMIT @ SEND ,kemudian lihat iklan anda dengan klik Preview. Buat iklan anda setiap minggu dan semak.

Buat iklan anda di seberapa banyak laman web setiap minggu. Jika anda sabar anda akan mendapat hasilnya . anda juga boleh memberikan alamat laman web atau emel otomatil melalui iklan-iklan yang anda buat di dalam akhbar . ini bagi membolehkan pembaca yang memiliki komputer dan internet boleh mendapat jawapan dengan segera. Ia juga dapat menjimatkan kos stem dan mencetak katalog serta mengurangkan masa kerja anda.

Bagaimana Produk Anda Boleh Mendapat Sambutan Hangat

Produk anda boleh dijual dengan laris jika anda boleh memasarkannya di dalam penerbitan dan tempat yang tepat, misalnya jika anda mempunyai Panduan / Laporan / Rahsia mengenai cara-cara memancing ikan besar, anda mestilah membuat iklan di dalam majalah/akhbar yang khusus untuk kaki pancing. Jangan membuat iklan di dalam majalh Kereta atau majalah Fotografi.

Jika anda mahu menjual buku / panduan / rahsia mencari wang dengan menggunakan komputer, ia mestilah dijual melalui iklan di dalam majalah Komputer. Jangan diiklankan di ddlam majalah hiburan. Tetapi jika produk anda itu jenis INFORMASI UMUM , barulah membuat iklan di dalam akhbar tabloid dan juga harian atau majalah . untuk mendapat sambutan hangat dan tinggi ia mesti dibuat di tempat yang betul barulah ia boleh mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Selain itu anda juga perlu mencuba pelbagai kaedah membuat iklan, cara-cara membuat tajuk iklan adalah sangat penting dan mesti BOLEH MENARIK MINAT RAMAI PEMBACA. Ia mesti realistic dan tidak berlebih-lebih kemudian isi iklan juga mestilah baik dan boleh diterima akal dan boleh menarik minat pembaca untuk menghubungi anda bagi mendapatkan maklumat .

No comments:

Post a Comment

Buat Duit

100000 (1) ANSWERING (1) After (1) BAGAIMANA (8) BARANG (1) BEKERJA (1) BERCAKAP (1) BIASA (1) BOLEH (3) BULAN (1) Baca Iklan (1) Buffett (1) Bullish (1) Cara Senang (1) Cheer (1) China (1) DAPUR (1) DENGAN (6) DIDALAM (3) DIMULAKAN (1) DIRUMAH (1) Dapatkan Wang Di Rumah (1) Disney (1) Europe (1) Exxon (1) GEMUK (1) Gaya Pos (5) Goldman (1) HANYA (3) Hobi (1) Hunting (1) IKLAN (1) INFOMASI (1) JENIS (1) Jadi Bos Sendiri (1) KAMERA (1) KEJAYAAN (1) KEKAYAAN (1) KEMAHIRAN (1) KEPADA (3) KESILAPAN (1) KLASIFIKASI (1) KOMPUTER (1) LANGKAH (1) LUMAYAN (1) MACHINE (1) MAKAN (1) MELALUI (1) MEMBERI (2) MEMBINA (1) MEMBUAT (1) MEMENUHI (1) MEMPEROLEHI (6) MENGEDARKAN (1) MENGELAKKAN (1) MENGGUNAKAN (2) MENGUNTUNGKAN (1) MENGUTIP (1) MENJUAL (1) MENONTON (1) MENUKAR (1) MENULIS (1) MESIN (1) Mencari Wang Di Rumah (1) Mencetak (1) Mencipta Produk Sendiri (1) Menjadi Orang Cemerlang (1) Menjadi Penerbit (1) Menjadi Seorang Kreatif (1) Menjual Produk Informasi (1) Meyewa Senarai Nama (1) Mimic (1) ORANG (3) PENJAWAB (1) PERNIAGAAN (2) PICKUP (1) PRODUK (1) RAHSIA (5) RAMPAIAN (1) RANCANGAN (1) RISALAH (1) RM100 (1) RM1000 (1) RM10736 (1) RM1200 (1) RM200 (1) RM2000 (1) RM4000 (1) RM5000 (1) RUMAH (1) SECARA (1) SEHARI (3) SEJAM (1) SEMINGGU (4) SETIAP (2) SURAT (2) Strategi (1) Street (1) Streets (1) TALIPON (1) TERPAKAI (1) Tanpa Berbuat apa-apa (1) Teknik Pelaburan (1) URUSNIAGA (2) Video / Audio (1) Warren (1) Water (1) battle (1) bonds (1) built (1) chance (1) class (1) cliff (1) comeback (1) deadline (1) dividends (1) drill (1) economic (1) economy (1) eventually (1) exploring (1) factor (1) fiscal (1) foreign (1) growing (1) hands (1) happy (1) helps (1) index (1) inflation (1) invest (1) investors (2) managers (1) market (1) markets (2) middle (1) natural (1) overseas (1) rally (2) recovery (1) retirement (1) roads (1) saving (1) stocks (3) taxes (1) trick (1) trillion (1) trust (1) until (1) volatile (1) washout (1) worlds (1) worried (1) worth (1)