Berikut ini dinyatakan langkah-langkah terbaik dan hasil daripada kajian dan juga pengalaman pakar-pakar usahawan secara pos diseluruh dunia. Anda boleh mengikuti kaedah yang diberikan disamping anda membuat kajian dan juga ujian untuk mendapatkan pengalaman dan kaedah yang terbaik. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik didalam sebarang usaha ialah dengan melalui proses CUBA dan GAGAL. Setelah mendapat satu kegagalan jika kita dapat mengatasi masalah yang berbangkit yang menyebabkan kegagalan tersebut sudah tentu kita akan mengetahui kelemahan tersebut.
Dengan itu kita menjadi lebih baik, bijak dan boleh dengan mudah mengatasi masalah tersebut. Pengalaman tersebutakan memajukan lagi perniagaan kita walaupun ianya diusahakan secara kecil pada peringkat awal ini. Selamat mencuba dan cubalah dengan sungguh-sungguh supaya hasilnya adalah yang terbaik.
1. Bacalah semua subjek dan perkara mengenai perniagaan gayapos dan gunakanlah segala pengetahuan tersbut untuk membina perniagaan anda itu.
2. Pada peringkat awal adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan ini secara sambilan terlebih dahulu sehinggalah andasudah mulai memperolehi keuntungan sebenar. Kemudian kembangkanlah perniagaan anda itu sehinggalah anda boleh menjadikannya sebagai satu kerjaya sepenuh masa.
3. Anda mestilah tekun melakukan kerjaya baru anda itu sehinggalah anda berjaya memperolehi pendapatan. Berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba dan melakukannya sehingga berjaya. Jadikan halangan dan kegagalan terdahulu sebagai batu loncatan untuk membina kejayaan.
4. Belilah barang keperluan stationery seperi resit-resit, bil-bil, rubber stamp, adhesive label, letter head, sampul surat dan jika mampu beli sbeuah mesin taip atau computer. Ini dapat mengahsilkan satu kerja yang bermutu dan lebih professional.
5. Rancanglah tempat atau kawasan untuk anda beroperasi supaya ianya mudah dilakukan. Contohnya seperti alamat untuk urusan pos supaya ianya boleh berjalan lancer dan mudah dihubungi.
6. Binalah perniagaan anda yang berhubung kait dengan cara meningkatkan sumber kewangan, atau money- making plan. Bacalah mengenai cara pengiklanan dan pengurusan dan segala maklumat berkaitan dengan akedah ini supaya ia dapat membantu anda memperolehi pulangan yang
lumayan. Berikan perkhidmatan yang terbaik dan berikan kepada pelanggan anda pilihan yang terbaik sekali.
7. Pilihlah produk atau perkhidmatan yang menarik minat dan hati anda dan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Produk yang paling baik untuk dijual secara pos ialah berupa maklumat berkaitan masalah meningkat sumber kewangan.
8. Periksalah bahan-bahan bercetak yang boleh anda beli, pastikan anda boleh mendapat bahan bercetak yang boleh dicetak dan dijual semula. Dengan itu anda boleh mencetaknya semula dan menjualnya tanpa menghadapi masalah bekalan. Ini adalah cara terbaik untuk menjalankan dan memulakan perniagaan secara pos.
9. Pastikan pesanan daripada pelanggananda boleh berikan tepat pada masanya dengan kualiti yang terbaik dan mereka cukup berpuashati dengan perkhidmatan anda.
10. Tawarkan kepada pelanggan anda beberapa produk susulan selepas mereka membeli produk yang pertama dan kirimkan surat jualan ataupun catalog yang bermutu kepada mereka.
11. Tawarkan kepada pelanggan anda JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN untuk produk-produk yang tidak diberikan tawaran istimewa atau tidak diberikan harga potongan.
12. Gunakan bahan bercetak yang bermutu, jangan gunakan catalog dan surat jualan yang fotokopi dengan kabur dan kotor. Bahan bagi sesuatu produk yang anda jual akan memberikan kesan terus atau reflect kepada anda sendiri sebagai usahawan.
13. Sentiasalah rekodkan barang-barang yang anda gunakan, begitu juga dengan iklan-iklan yang anda siarkan. Rekodkan yang mana satutelah menghasilkan jualan yang baik dan yang mana pula tidak menghasilkan jualan yang sepatutnya. Dengan itu jika ada masalah anda boleh membuat perubahan dengan mudah.
14. Didalam iklan yang anda siarkan, gunakanlah perkataan MAKLUMAT PERCUMA- untuk keterangan lanjut sila berikan sampul surat bersetem dan beralamat sendiri dan sebagainya yang boleh membantu jualan produk anda. Jangan meminta bayaran melebihi RM1 atau RM2 bagi iklan sekecil 1x2 inci yang anda buat.
15. Buatlah seberapa banyak iklan didalam beberapa banyak penerbitan seperti akhbar atau majalah yang anda ketahui jumlah edarannya melebihi 10,000 naskah setiap kali.
16. Tukarlah penerbitan yang tidak berkesan supaya anda boleh mencapai sasaran jumlah pembaca yang besar untuk melihat iklan anda.
17. Gunakanlah idea yang diberikan oleh pembekal kerana iklan-iklan mereka ditulis dan dihasilkan oleh pakar didalam bidang iklan.
18. Jangan menulis sebarang iklan sebelum anda mengkaji sepenuhnya, dan sebelum anda mengetahui subjeknya. Sebaiknya anda belajar dan kajilah mengenai iklan dari pesaing atau pengiklan lain.
19. Jangan bimbang dan takut untuk mendapatkan bantuan dari pakar penulis iklan atau professional yang mengetahui cara untuk meningkatkan pesanan.
20. Kebanyakkan surat jualan atau pun catalog yang disertakan borang pesanan dan menawarkan produk yang berharga sekitar RM20 kebawah akan menghasilkan jualan yang lebih baik.
21. Buat iklan anda didalam penerbitan yang mana para pembacanya mempunyai minat untuk membaca iklan-iklan seperti yang anda siarkan.
22. Jika anda mempunyai kadar kiriman melebihi 300 pucuk surat , anda boleh memohon permit untuk bulk mailing atau franking dipejabat-pejabat pos.
23. hantarkan pesanan kepada pelanggan anda dengan segera. Paling minima dalam masa kurang daripada 15 hari. Dan mestilah menggunakan kadar bayaran pos yang betul.
24. Beritahu kepada pelanggan anda jika pesanan mereka terpaksa dihantar lewat kerana msalah bekalan dan sebagainya.
25. Jadilah peniaga yang jujur, jika ada pesanan yang dikembalikan semula berikan wang mereka semula.
Perkara-perkara yang disenaraikan diatas adalah merupakan kaedah yang boleh membantu meningkatkan pendapatan anda dengan lebih drastik lagi. Anda tidak perlu mempelajari kaedah perniagaan yang begitu kompleks dan rumit seperti kaedah pengurusan korporat. Anda juga tidak perlu membelanjakan wang yang begitu banyak untuk mengaji pekerja, menyewa premis perniagaan (kedai) atau menyewa pejabat untuk menjalan pernigaan secara pos anda.
Anda boleh melakukan kerja-kerja ini dirumah, boleh dilakukan dibilik tidur, didapur rumah anda atau dimana-mana sudut rumah anda. Anda boleh melakukannya dengan selesa, anda boleh menikmati keseronokkan hidup sebenar dengan masa lapang yang banyak disamping pendapatan yang lumayan.
Perniagaan menjual maklumat secara pos memang sangat menguntungkan. Jika anda mempunyai hanya satu produk seperti laporan atau panduan, dan jika dilakukan secara terus menerus dan tetap ianya boleh menghasilkan pendapatan minima sebanyak RM3,000 sebulan.
Kami pasti anda boleh melakukannya dan boleh menjadi seorang yang berjaya dan kreatif. Nasihat kami ialah jika anda suda berkemampuan belilah sbeuah computer untuk meningkatkan lagi pengurusan dan kerja anda. Sekian dari kami, selamat maju jaya dan salam bahagia.
No comments:
Post a Comment